ANTARA 2 DARJAT MALAYSIA BAHARU

A

Hari ini aku nak cerita betapa kata-kata politikus tentang “rule of law” itu sangat munafik, keadilan untuk semua itu adalah candu kebodohan terhadap rakyat marhaen. Aku sangkakan antara 2 darjat itu sudah berakhir setelah tumbangnya rejim Najib-Rosmah, rupanya tidak. Kau orang ingat kes exco didakwa merogol pembantu rumah tu? Ingat lagi?

Kau orang jangan haraplah puak rebel yang mengaku liar dan angkuh untuk tulis tentang ini, kaum keras dan melawan menongkah arus kezaliman ini. Penulis buku haluan kiri bersuara garang. Usah juga kau mendambakan lebai yang sudah menjadi menteri bergaji puluhan ribu, setiausaha dan pegawai khas menteri yang kini sudah bergaji bulan untuk bersuara membela kau.

Kini pendapatan mereka yang jauh lebih baik dari zaman rebel dulu. Mereka semua sedang senang lenang berkerusi empuk di pejabat menteri, dalam bilik berpenghawa dingin. Terbang dengan kerusi business class dibayar wang rakyat. Sudah tiada semangat melawan. Telur mereka sudah enak dibelai gaji dan kemudahan. Nafsu mereka sudah dimandulkan dengan kedudukan mereka sekarang. Nak tolong kau? Kirim salam lah!

Beberapa hari lalu, pilot aku ditahan polis, dimasukkan ke lokap, digari dan direman. Apa kesalahannya? Dituduh melakukan khianat merosakkan kereta yang cuba melanggarnya. Disangkakan dia hanya mat rempit, dihumban dia ke dalam lokap. Apa salah dia? Hanya kerana dia penunggang motosikal. Yang dilawannya seorang pemandu BMW. Laporan polisnya tidak dibuka, laporan pemandu BMW dibuka.

Jadi, sebagai majikan yang bertanggungjawab, aku menebalkan muka menggunakan segala talian hayat yang ada untuk mengeluarkan pilot aku dari tahanan. Yelah, isterinya susah hati, keluarganya tak tenteram. Ditahan tanpa khabar berita. Ditahan kerana merogol? Tidak.

Aku kenal pilot aku, dia bukan orang yang ganas. Dia tidak berbahaya untuk disimpan di dalam lokap. Hatta anggota-anggota di lokap dan di balai juga terkejut kenapa dia ditahan dan mahu didakwa. Aku tahu sebab apa, kerana dia bukan politikus.

Aku teringat, ada seorang politikus didakwa merogol. Tetapi dia tidak ditahan, direman dan digari. Kenapa? Kerana dia politikus. Kenapa perkara ini berlaku? Adakah tuduhan merogol itu jauh lebih ringan? Adakah patut aku nasihatkan pilot aku supaya merogol sahaja supaya dia tak kena reman dan digari? Atau aku minta IO untuk tukar tuduhan kepada tuduhan merogol supaya tidak direman dan digari?

Akal yang sihat akan berkata, merogol itu jauh lagi cilaka. Mungkin jika pilot aku didakwa merogol, dia akan direman maksimum, dilanyak dan dibelasah di dalam tahanan. Aku bertanya kepada seorang anggota di balai tersebut, kenapa adun itu tidak direman. Beliau nak jawab pun serba salah. Aku katakan,

“Takpalah cikgu (encik), keadilan memang bukan untuk driver saya. Sebab itu saya terpaksa datang tegakkan keadilan hari ini. Saya minta maaf.”

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.