BERAPA GAJI KAU?

B

Antara sifat terpuji pakatan harapan sebelum menjadi kerajaan adalah sikap dan sifat zuhud mereka. Imej rakyat yang ditunjukkan sangat menarik perhatian aku.

Masih kau ingat ex-CM Penang, YB Lim Guan Eng (ketika itu masih CM), hanya menaiki Air Asia seat economy sahaja. Katanya tidak mahu membazir duit rakyat. Walaupun dalam peruntukan beliau layak menggunakan premium ticket.

Tapi setelah mereka menang tampuk pemerintahan. Setelah mereka bergaji lumayan. Semua itu sudah tidak kelihatan lagi. Ada menteri baru yang setelah dilantik menjadi menteri, terus menggunakan duit rakyat untuk terbang dengan penerbangan kelas pertama ke Mekah.

Ada juga menteri yang menggunakan kesempatan membawa sekali seisi keluarga ke luar negara, berjalan-jalan makan angin dengan alasan lawatan rasmi. Ya, aku tau memang mungkin ada peruntukan untuk kaum menteri. Tapi kenapa kau tak berjimat sedang rakyat dipaksarela untuk berjimat. Apa beza kau dengan menteri-menteri dari kerajaan terdahulu.

Sedang kami rakyat marhaen struggle untuk menjamah sesuap nasi, untuk memulakan hidup, mereka yang mendapat gaji mewah dengan keistimewaan dek kerana sokongan rakyat marhaen boleh pula bermewah-mewahan dengan peruntukan untuk kesedapan diri mereka.

Belum lagi perangai setiausaha-setiausaha dan pegawai-pegawai khas yang lebih lajak dari laju dan bersikap naik tocang. Walhal nak menggunakan Microsoft Excel pun tak reti atau merangkak-rangkak. Tangga gaji mereka juga bukan calang-calang. Mereka dibayar bukan disebabkan mereka pintar dan berkebolehan. Ohya, biasalah lantikan politik.

Aku selalu sebut hal ini. Rakyat ini bukan pengemis. Mereka bukan minta wang untuk kau sedekah. Mereka hanya mahukan peluang, pilihan, ruang dan laluan untuk mereka membina hidup yang lebih baik. Sekurang-kurangnya mereka juga mahu ke Mekah dengan wang sendiri. Kalau takda peruntukan untuk kami yang bukan menteri.

Mereka telah tolak 10% gaji mereka. Kenapa tidak ditolak 50% terus. Biar mereka sama-sama merasa denyut kesusahan rakyat marhaen yang bergaji sekitar bawah RM5,000. Menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat sudah ada sekian banyak privilage bukan?

Berapa gaji kau hari ini? Berapa harga rumah kau beli? Berapa negara kau dah berjalan? Berapa reserve simpanan kau ada? Dapat kau beli banglo?

Kau bandinglah sendiri dengan menteri yang kita dah angkat melalui PRU14 tempoh hari.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.