BASIKAL HARGA RM50,000?!!

B

Kalau ikutkan hati memang semua benda nak beli. Cantik basikal ni. Ringan. Tapi bila tengok harga dia lagi mahal dari Axia Kompang aku, terkedu sekejap.

Marhaen macam aku yang dibesarkan dalam keluarga miskin bandar, pasti berfikir panjang nak bazirkan sejumlah wang yang besar hanya kerana hobi.

Takpalah, nak sihat tak semestinya kayuh basikal. Kayuh gopren pun boleh sihat juga. Jogging, main badminton dan berjalan pun boleh menyihatkan.

Sebelum pulang dari kedai basikal kayangan ini, aku tengok wallet Bitcoin aku. Eh, ada lagi 0.2 Btc lah. So lebih kurang dalam RM17,000 value.

Terus ingat nak beli basikal harga dalam range tu, bolehlah join gang YB Rara gohet geghek. Tapi bila terkenang pekerja-pekerja aku gaji pun cukup makan, ada saudara mara yang susah, ramai lagi orang yang memerlukan.

Aku terus batalkan niat dan hasutan syaitan qarin tu. Jadi hari Jumaat yang mulia ini, aku nak infaqkan 2 biji motosikal rider untuk sesiapa yang takda kerja, yang nak jadi rider untuk teruskan hidup.

Pada aku, baik aku bagi joran. Pandai-pandailah dia memancing untuk hidup. Terus bagi ikan pun baik, tapi tak long term effectnya pada pandangan aku.

Email aku [email protected] resume/cv dan cerita kenapa kau nak jadi rider dan perlukan motosikal.

Link Twitter :
https://twitter.com/alturki…/status/1339790361250525186…

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.