BAYAN SUBUH : SAHUR, IMSAK, DAN KURMA PADANG PASIR!

B

Sebelum kau baca, kau baca sini dulu untuk ulangkaji :

KURMA NABI? SUATU PERSOALAN.BENARKAH WUJUD KURMA NABI?Selalu kita dengar penjual kurma akan claim tentang kurma Nabi…

Posted by Aliff Ahmad III on Friday, April 17, 2020

Dah 3 hari aku hanya bersahur dengan kurma. Alhamdulillah, setakat ni aku takda rasa kurang tenaga. Walaupun aku terpaksa panjat siling tukar pipe rumah yang uzur 2 kali dah. Semoga Allah beri taufiq kepada kerajaan Malaysia untuk membenarkan kontraktor servis untuk bekerja tanpa menyusahkan mereka dengan pelbagai kelucuan birokrasi.

Berat aku pun dah turun 2kg selepas 3 hari puasa. Kalau aku gemuk, mesti aku tak boleh panjat atas siling dah. Aku amalkan 7 biji kurma Ajwah Madinah, 3 biji Safawi Madinah dan 3 biji Medjoul Palestina setiap kali bersahur.

Keberkatan berpuasa

Sahur ni pada aku wajib. Kalau tak sahur, memang hilang semangat juang kau nak berpuasa.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‎مَنْ أَرَادَ أَنْ يَصُومَ فَلْيَتَسَحَّرْ بِشَىْءٍ

“Barangsiapa ingin berpuasa, maka hendaklah dia bersahur.”

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‎تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِى السَّحُورِ بَرَكَةً

“Makan sahurlah karena sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah.”

Dari Amr bin ‘Ash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‎فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

“Perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dan puasa ahlul kitab terletak pada makan sahur.”

Waktu imsak? Wujudkah?

Aku memang akan sahur last-last minit sebagaimana dianjurkan Nabi.

Zaid bin Tsabit merekodkan,

‎تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلاَةِ. قُلْتُ كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا قَالَ خَمْسِينَ آيَةً.

“Kami pernah makan sahur bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian kami pun berdiri untuk menunaikan solat. Kemudian Anas bertanya pada Zaid, ”Berapa lama jarak antara azan Shubuh dan sahur kalian?” Zaid menjawab, ”Sekitar membaca 50 ayat.”

Hadis diatas telah disalahfahami oleh sesengah orang dengan makna waktu berhenti bersahur adalah panjang 50 ayat sebelum waktu subuh (10 minit) yang dipanggil imsak.

Walhal, dalam Quran jelas menyebutkan,

‎وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” (QS. Al Baqarah: 187)

Untuk lebih jelas lagi,

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

‎إِنَّ بِلاَلاً يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ

“Bilal biasa mengumandangkan azan di malam hari. Makan dan minumlah sampai kalian mendengar adzan Ibnu Ummi Maktum (azan subuh).”

Maka jelaslah di sini, waktu imsak sebenarnya tidak wujud dalam kamus hidup Nabi.

Dalam selang masa lebih kurang 10 minit, aku tak rasa sahur Nabi adalah makan berhidang. Dalam masa yang sama, direkodkan, rumah Nabi kadang-kadang makanan pun takda. Dapur sering tak berasap.

Dikatakan Nabi ialah manusia yang tidak pernah merasi kenyang dalam kehidupannya kerana hidup terlalu sederhana dan zuhud. Jadi makan kurma memang sempat lah kot kan?

—-

Kurma Padang Pasir

Beberapa hari lalu, vendor kurma IFMAL telah hantar kurma 5kg. Jadi kami repack jadi 1kg dan 150gm. Yang kami repack balik kalian boleh buat custom labelling untuk dibuat hadiah atau derma. Boleh terus rujuk Ifmal. Siapa nak beli 5kg terus pun boleh.

5kg

https://ifmal.com/product/al-madinah-ajwa-dates-jumbo-5kg/…

150gm

https://ifmal.com/product/al-madinah-ajwa-dates-jumbo-150g/…

1kg

https://ifmal.com/product/al-madinah-ajwa-dates-jumbo-1kg/…

250gm

https://ifmal.com/product/al-madinah-ajwa-dates-jumbo-250g/…

Nak dengar penerangan lebih jelas tentang kurma, sila ke page IFMAL.

#BMF

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.