MENGIDAM BBQ AUSSIE!!!

M

Bulan puasa ni memang macam-macam benda kepala aku nak makan. Tadi lepas solat zohor aku teringat BBQ Aussie ni. Biasalah kan, time duduk sana meluat, dah balik sini rindu. 10 tahun kan aku duk Aussie..

Korang kalau nak tau, antara budaya Aussie ni adalah BBQ. Pagi diorang boleh BBQ, tengah hari boleh BBQ, malam boleh BBQ, tengah malam pun boleh BBQ. Sampai setiap park (taman) akan ada BBQ pit.

Jadi orang Melayu pun join the club lah buat BBQ. Kenduri rumah Melayu mana pun, mesti ada BBQ juga. Biasanya sosej kambing dan ayam usrah. Apa itu ayam usrah? Kepak ayam belah dua. Makanan standard kaum usrah di bumi kangaroo!

BBQ pit di Australia biasanya menggunakan gas. Cepat, bersih dan mudah. Charcoal ni certain-certain orang je buat. Sebab ada kempen guna charcoal ni boleh kena kanser dulu. Banyak carbon kan?

Paling padu BBQ ni bila bakar kambing. Bau dia menyekat lidah weh!!

Perghhh!!!!! Mengidam siot!!!

K la gang, ana nak bakar kambing ana!

Siapa nak beli BBQ pit Australia punya kualiti tapi harga marhaen mampu milik, klik link di bawah. Biasa jenis ni kat Malaysia, orang jual dalam RM5k ke atas lah. Vendor kami ni jual dalam RM2k je. Rumah dah cantik-cantik ada rumput karpet, buat BBQ ajaklah aku nanti!

https://ifmal.com/…/arcobelle-4-burner-bbq-with-side-burn…/…

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.