BEBERAPA KEBENARAN TENTANG TAHUN HIJRAH.

B

Pertama : 1 Muharram bukan tarikh Nabi berhijrah.

Menurut kitab sirah al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri, beliau telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Masuk ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Kesimpulan ini merujuk kepada hadis-hadis yang sahih dan catatan-catatan ahli sejarah yang tsiqah.

Kedua : Kisah katak, burung merpati dan labah-labah adalah tidak sahih.

Kisah ini sering diulang-ulang dan dianggap mukjizat. Sehingga logo sambutan tahun hijrah di Malaysia juga kelihatan sarang labah-labah. Menurut para ulama’ hadis, kisah tersebut tidak sahih. Mungkin ada ilmuwan yang menerima kisah ini kerana ia sebuah riwayat sejarah, tapi pada aku, hadis yang terus disandarkan kepada Nabi (Nabi yang cerita), apabila ia tidak sahih, maka ia mesti menggunakan kaedah ahli hadis untuk menentukan statusnya. Apa pun, kisah ajaib ini tidak menjadi intipati utama tentang hijrah yang agung ini.

Ketiga : Doa awal tahun dan akhir tahun tidak pernah dibuat oleh Nabi.

Tiada hadis sahih tentang hal ini secara jelas. Sama ada matan-matan doa, bila dan bagaimana. Jadi sesiapa yang mahu berdoa, berdoa sahaja seperti berdoa pada setiap kali mencari tuhan. Tidak ada majlis atau ibadah khas doa awal tahun dan akhir tahun.

Keempat : Nabi berhijrah, kau sibuk bercuti!

Kalau kau terima 1 Muharram itu tarikh Nabi berhijrah, maka kau kena sedar yang Nabi tak bercuti ketika itu. Sepatutnya kau kena berhijrah, bukan bercuti.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.