BEBERAPA PERSOALAN TENTANG PRESS RELEASE SYED AZMI

B

Mukadimah

Syed Azmi ialah aktivis kanak-kanak yang memperjuangkan ruang selamat bagi kanak-kanak. Dia mula dikenali melalui program I want to touch a dog.

Setelah aku membaca press release yang dikeluarkannya, terdetik beberapa persoalan di dalam benak kepala aku yang aku perlu cetakkannya di atas kanvas digital ini.

Persoalan 1 – Rumah Bonda didakwa tidak berlesen?
Syed Azmi tidak menjawab persoalan ini. Sedangkan dia sendiri ialah salah seorang pengasas dan juga penasihat.

Persoalan 2 – Bagaimana Bella boleh tinggal dengan ibu angkat?
Syed Azmi sebagai aktivis kanak-kanak sepatutnya mempersoalkan bagaimana Bella boleh tinggal dengan individu yang baru berusia 28 tahun, belum berkahwin dan tinggal sendirian. Tidakkah Syed Azmi teringin melakukan siasatan sebagaimana yang telah dilakukan sebelum ini?

Persoalan 3 – Adik Bella didera!
Kenapa Syed Azmi dilihat seoalah-olah hendak melepas tangan, tidak mahu melakukan desakan dan kritikan terhadap isu penderaan tersebut. Kerana yang disyaki ialah kawan sendiri?

Persoalan 4 – Takkan Syed Azmi tak tahu Bella dijaga oleh Siti Bainun?
Takkan kuman di seberang laut dia nampak, gajah depan mata dia tak terlihat. Syed Azmi sepatutnya mendesak Siti Bainun yang disyaki untuk menjawab. Bukan buat-buat tak tahu. Sehingga dalam press releas tidak disebut nama Siti Bainun.

Persoalan 5 – Syed Azmi tahu yang membuat laporan polis itu aktivis Rumah Bonda, rakan seperjuangannya dan mereka kenal Bella di Rumah Bonda.

Bagaimana mungkin Syed Azmi mengeluarkan kenyataan yang sepanjang dia melawat Rumah Bonda, Bella tiada. Seolah-oleh nak bagitahu dia tak kenal Bella. Korang percaya?

Penutup

Masihkah korang ingat ketika Syed Azmi menyerang dan mengkritik keras sekolah Ustaz Kazem, termasuk Ustaz Kazem sendiri. Ingat tak? Betapa tajam dan teliti hujahnya.

Dia seoalah-olah tak boleh terima jawapan sedang disiasat and so on. Dia nak masyarakat tahu apa yang berlaku disebalik yang tersurat.

Adakah Syed Azmi sudah terjerat dalam gelombang groupthink atau cult sehingga berlaku bias dan tidak adil. Aku sokong pendedahan dahulu, mengharapkan untuk kali ini juga.

Kalau Syed Azmi dah buat kerja membela Bella dari awal, takkanlah SCRUT dihubungi untuk terlibat memberi tekanan. Siapalah SCRUT nak banding dengan Syed Azmi. Malangnya Syed Azmi hilang ketika Puan Mona dan pembuat laporan polis berjuang membela Bella.

Apa beza Bella dengan anak-anak yang pernah Syed Azmi bela selama ini? Kenapa Syed Azmi taknak ke depan sedangkan dia orang yang paling awal dihubungi menurut sumber.

Aliff Ahmad,
Lamb eater.
#Justice4Bella
#JusticeForBella

😉

Mengenai penulis

1 komen

  • Asal lar bangang sgt suami isteri tu.. Xde keje ke pukul ank special OKU.. Ko tu patut mati dlm kandang lokap Syed Azmi

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.