BENARKAH LEBAI MASZLEE HANYA PAKAI MYVI?

B

(Hasil carian robot-robot SCRUT Analytica)

Setelah Lebai Maszlee diserang oleh ramai pihak disebabkan Vellfire VDC2828, dia tampil dengan jawapan troll dan sinis kononnya kereta rasmi dia adalah Myvi. Ya, masa dia dipecat Tun M, dia berdrama memandu Myvi sahaja selepas menangis di dalam press statement.

Anyway, untuk mengingatkan kita semua, Lebai Maszlee ni sebelum jadi politikus, dia hanyalah seorang pensyarah kanan sahaja. Maksudnya, tangga gaji diantara 52-54 kalau tak silap. Ya, selama ni aku kenal dia pun, dia naik Myvi je sebelum ini. Taktau pula gaji pensyarah kanan lagi besar dari gaji MP kan?

Kalau dia kata dia ada duit tepi seperti jadi moderator, tulis buku, kuliah tepi, salam kaut atau duit sampul mungkinlah kot. Mungkin Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia boleh sahkan. Biasanya, jarang-jaranglah lebai-lebai ni declare income-income tepi seperti salam kaut dan duit sampul kan?

Sebelum menjadi ahli politik, Lebai Maszlee dilihat agak bijak dan progresif. Nampak macam seorang yang tidak terpengaruh dengan fatamorgana dunia. Tetapi setelah jadi menteri, terus balon seat first class pergi haji/umrah, terus nak naik Vellfire baru, taknak pakai Perdana kerajaan. Aku mula rasa sangsi. Yela, kan membazir duit rakyat.

Dahla sebelum ini menipu rakyat nak batalkan tol siap suruh claim lepas menang. Apa cer? Ada orang kata dia naif. Pada aku tidak. Ia diantara menipu atau bangang. Itu saja. Itu sebab aku cakap, lebai buat kerja lebai je. Jangan sembang benda lain dah.

Perubahan gaya dan cara Lebai Maszlee ni sebenarnya selepas dia jadi menteri. Dia kelihatan sombong, tak walk the talk. Dia menyeru kebebasan akademik, tetapi dia “lantik” diri senditi jadi presiden UIA. Dia bercakap soal tunggang/jual agama sebelum ini, tetapi 2-3 kali dia tunggang istikharah. Adoih!

Sebenarnya posting kali ini aku nak cerita pasal hasil carian sistem SCRUT Analytica buat crawling dan mencari data-data tentang Lebai Maszlee. Alhamdulillah, ada beberapa penemuan yang padu. Dalam masa yang sama ia membetulkan salah faham masyarakat terhadap kisah Vellfire.

Ada pihak yang menyatakan, Lebai Maszlee masih memakai Vellfire 2828 setelah tidak menjadi menteri. Sistem kami telah menemui yang dia sendiri mempunyai 2 biji Vellfire/Alphard. Aku rasa mungkin yang mereka lihat itu Vellfire/Alphard lain. Mungkin yang 2 biji ini.
1. VCB 8 – Vellfire
2. WB3883T – Alphard

Dia juga ada kereta lain, seperti X70 yang aku kira para jemaah menteri ambil sebab dapat diskaun (kot) macam Saddiq. Aku cuma tertarik dengan VCB 8 sahaja. Since nombor single digit yang aku rasa harga lebih RM100k dalam market. Paling murah pun RM70k-80k lah kot.

Tertanya-tanya aku, kenapa para menteri zaman PH pun kebulur macam menteri zaman BN? Bukankah elok dibiarkan nombor itu dijual supaya menjadi sumber pendapatan negara? Ke Lebai Maszlee beli sendiri? Banyak duit dia kan? Sama je macam Saddiq ambil VCL1 then kasi kepada anak taikun Cina.

Inilah masalah bangsa tak steady masa masuk politik, bila dapat jackpot dan laba politik, kebulur juga akhirnya. Tak pernah dapat duit banyak, peluang banyak, dia pun terikut. Ini baru tak sampai 22 bulan di tampuk kuasa, tapi nyempat jugalah sapu first class, single digit. Dan entah apa lagi dia dapat. Saddiq kata ada offer tanah, mungkin adalah tu. Kalau dia masih senior lecturer, bertuahlah kau mampu merasa semua tu sekarang. Kan?

So, aku nak betulkan fakta. Kebarangkalian Vellfire/Alphard yang dilihat membawa Lebai Maszlee itu adalah Vellfire/Alphard milik dia. Kan Lebai Maszlee ni kaya dan dah menabung sejak kecil lagi. Kan?

Inilah yang aku taknak kalau aku masuk politik. Nanti orang cakap, dulu kau miskin, Axia Kompang, naik budget airline je, masuk politik, dapat kuasa terus naik first class airline, beli kereta mahal-mahal, beli/dapat nombot plate single digit. Itu sebab kena dapatkan dulu sebelum masuk politik.

Itu yang kalau nak masuk politik, kena steady dulu! Bukan masuk politik, kau jadi kaya. Masuk politik jadi tak kaya, baru macam Khalifah Umar Abdul Aziz. Buang dunia masa jadi khalifah. Ini lebai-lebai, masuk politik segala dunia dan isinya masuk dalam hati yang sebesar genggam. Sia-sia pandai baca kitab Arab!

Kan?
ps : Myvi VBP5429 adalah milik isteri Lebai Maszlee.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.