Mungkin ramai yang dah baca news bagitau yang habis semua 5 firma dah menarik diri. Kan? Total 10 tu campur sekali dengan Oompa Loompa la aka peguam assistant.
Anyway, hakim yang sudah berang bagitahu yang ada 2 orang peguam bernama Asiah dan Hafidzah baru sahaja menghantar surat penarikan diri kepadanya jam 9pm pada 17/1/2023.
Nampak tak? Sangat last minit. Walhal peguam Asiah telah mengumumkan di Facebook lebih awal. Itu yang aku pernah sebut. Dia ni junior lagi baru praktis tak sampai 10 tahun. Mungkin dia tak faham prosedur, etika dan adab dengan hakim. Dia tersalah SOP, tersubmit di Facebook dulu.
Takpalah. Anyway aku cuma nak share kenyataan hakim yang aku tahu dia troll Siti Bainun dan mantan-mantan peguam dia dengan halus. Yelah, dia bukan baru dalam industri kan. Dia faham sangat move seperti ini untuk apa. Katanya,
“Sekadar seorang pun jika boleh kendali tiada masalah..kalau banyak firma pun berlaku macam ini (tarik diri) tidak beri manfaat kepada kamu juga. Bila seorang tarik diri, ‘team’ (kumpulan) juga tarik diri.
“Kalau dapat seorang pun sekiranya dia memadai dan bertanggugjawab dan boleh mengendalikan kes dengan baik… awak lantik,”
Aku faham macam nilah, ambil ramai-ramai kalau perangai macam ni pun tak guna. Dalam masa yang sama aku tahu hakim dah tangkap drama mereka. Aku percaya ia gerakan untuk menangguhkan kes. Itu sahaja. Mana mungkin mereka nak tinggalkan Siti Bainun.
Telahan aku benar. Semalam, malam perlancaran filem “gopren” aku, Eva. Siti Bainun hadir bersama-sama mantan peguam-peguamnya dan bersuka ria. Korang semua jangan lupa menonton file Eva ini tau. Best gila tau! Siapa kritik, dapatlah LOD! Siapa kutuk, aku kata nak tumbuk sambal dalam Twittard!
Yang lebih menarik chambie kepada peguam “datuk” juga hadir. Harap dia tak datang dengan kereta sewa master dia yang datuk tulah. Kira semalam macam gathering parti team #JusticeForBainun la ni. Cuma aku tak jumpa Toqqi PPIM dengan influencer Vietnam je. Kalau jumpa mesti style!
Anyway, korang tunggu jela apa drama akan berlaku lagi 26hb ni. Siti Bainun buat lawak hari tu kata nak pergi ke YBGK (Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan). Walhal sebelum tu gebang nak panggil pakar daripada UK. Banyak betul duit?
Kalau betul-betul takda duit, influencer Vietnam akan kutip derma lah. Macam tak biasa pula kutip derma. Gang anti-vaksin akan support nanti. PPIM pun akan support. Pejuang ummah kot minta sedekah untuk Bainun. Takkan tak dapat something. Masuk PRU burn deposit dan cost pun ramai support. Kan?
Apa pun kita tunggu dan lihat drama seterusnya. Ingat tau semua, nak pergi kerja, make sure mandi dan wangi-wangi, jangan pakai baju semalam, jangan sewa kereta orang bagi jahanam. Yang paling utama, ikutlah tema.
Kecewa aku beberapa orang tak ikut tema gopren suruh pakai warna putih. Kan?