BENARKAH TAK CUKUP?

B

Kadang-kadang definisi cukup ini perlu jelas. Masa aku first year di Australia, pun ramai kawan-kawan kata tak cukup. Siap buat petisyen. Rasanya macam setiap tahun buat petisyen naik elaun.

Tapi, setiap kali cuti, diorang pergi berjalan dan setiap tahun balik Malaysia. Aku? Siap hantar balik Malaysia duit elaun untuk family aku. Adik-adik masih bersekolah.

Aku sepanjang belajar tak pernah berjalan atau melancong. Tak pernah ikut trip. Tak pernah balik Malaysia. Aku hanya khuruj sahaja dengan kawan-kawan daripada Jemaah Tabligh. Itu pun ada subsidi sebab student.

Selepas kerja baru aku merayau dan berjalan. Itupun biasanya sekali dengan urusan kerja. Kalau benar tak cukup pun, kerjalah. Apa adahal. Di UK bukan susah nak dapat kerja.

Boleh je berjimat cermat. Aku tak percayalah duit yang MARA bagi sampai tak cukup nak hidup. Tak cukup untuk berjoli aku percaya. Cerita tak cukup ni dari zaman uncle aku dan senior-senior aku.

Tak cukup. Tapi berjalan merata.
Tak cukup. Tapi setiap tahun balik Malaysia.
Tak cukup. Tapi boleh kahwin masa student.
Tak cukup. Tapi hidup je.

Jadi cerita tak cukup ni takkan selesai. Ikut orang tulah dia spend dan nak hidup macam mana.
Ah! So, betul ke tak cukup?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.