Rasanya kita semua belajar di sekolah tentang peribahasa,
“Berani kerana benar, takut kerana salah.”
Tetapi hari ini aku belajar peribahasa baru daripada seorang yang kononnya rebel.
Dia marah aku, dia maki aku, aku block dia, takpalah. Tapi sampai ke wall kawan aku dia nak maki aku dan fitnah aku pula. Takpalah, aku cuma kasitau dia,
“Nanti aku masuk saman, jangan lari tau.”
Maksudnya,
“Buktikan segala dakwaan kau benar dalam mahkamah nanti.”
Maka, pagi tadi aku pun tanya-tanyalah pasal dia. Mana tau aku dapat maklumat. Nak hantar saman, kena ada alamat kan. Dia balas dengan sungguh angkuh. Oklah, nampak dia steady. Orang ada kerjaya. Cukup sifat dan bukan OKU. So, aku decide untuk bawa dia ke mahkamah jelah.
Lantas, selepas itu terus segala posting yang maki dan ejek aku hilang di wall-nya. Rupa-rupanya. Aku juga di-block-nya. Apa matlamat kau maki aku, pastu kau block aku? Takpalah, block itu hak dia.
Aku takda isu pun dia nak block aku. Dia dah tak suka aku, atau dia taknak aku screenshot barangkali. Tapi dia silap, sebelum aku nak announce, pasti aku dah siap siaga.
Segalanya sudah di-preserve menggunakan technology dan boleh digunakan di mahkamah. Aku ni dah naik turun court bukan 1-2 kali. Apalah sangat kalau perlu naik turun lagi.
Teknik delete posting, tutup account, block orang takkan dapat selamatkan kau. Teknik lapuk ini dengan aku takkan jalan.
Cuma aku peliklah, masa maki hamun aku, ejek aku kau berani, padahal perkara tu salah, tapi bila aku ajak untuk buktikan kebenaran, dia ghaib dan takut pula.
Be firm-lah dengan prinsip kau yang aku ini layak dimaki, difitnah dan diejek. Nyatakan di mahkamah kalau dipanggil. Terus lakukan kalau ia kebenaran. Jangan berhenti, buat lagi. Barulah fighter, barulah pejuang kebenaran, baru budak hartal.
Tapi… Hmmmm..
Adakah ini dipanggil,
“Berani kerana salah, takut kerana benar!”