5 ORANG DAH MASUK!

5

Semalam member aku kasitau dah 5 orang lepas interview dan dah dipanggil masuk. Rasanya semua ni hantar je cv macam yang diminta. Takda banyak soal.

Just nak update, kalau senior level biasanya rate dalam RM400-600 sehari, intermediate lebih kurang RM300-450 sehari, dan junior RM200-RM350 sehari. Kalau expert, biasanya RM800 ke RM1400. Yang ni semua kena dapat recommend daripada boss-boss.

Ya, mungkin tak banyak bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku yang marhaen yang masih menyewa dan memandu Axia Kompang, aku kira dah cukup baik.

Memang ada keperluan untuk ikut project dan client kita. Kalau diorang nak cepat dapat, biasanya kena sanggup tukar language. Memang kebanyakan enterprise level paki .Net.

Kawan-kawan aku ni semua sama macam aku. Kami percaya, real programmer takda masalah untuk tukar atau loncat ke language lain. Lagipun masa akan diberi untuk menyesuaikn diri.

Diorang faham bukan semua programmer di luar sana ada peluang nak buat real project pakai .Net dan Microsoft punya environment. Tapi, perbezaan tu macam perbezaan mazhab sahaja.

System Analyst pula sangat diperlukan untuk faham system dan support programmer. Graduan IT, Software Engineering dan Computer science digalakkan mencuba jadi system analyst kalau malas coding. Business analyst pun boleh cuba juga kalau ada business sense untuk faham apa client nak.

Biasanya, Business Analyst ni graduan Business Information System, BBA (IT) dan berkaitanlah. Tapi sebenarnya, as long as kau ada business sense, boleh faham apa business nak, client nak, kau boleh terjemahkan kepada programmer, ia dah cukup. Tak kisah pun kau grad bidang apa.

Arahan aku simple, siapa nak loncat masuk ke MNC dan GLC di bawah kontrak melalui kartel “Malaysia for Malaysian” ini, sila hantar sahaja CV anda ke link di bawah.

Arahan simple je tau. Letaklah segala apa skill, technology stacks, language yang kau tau, project kau pernah buat dan deliver. Kalau kau programmer, nak senang dapat, letaklah nota kau “willing to move to any language”. So, senang, apa project pun boleh panggil kau.

Kalau kau fresh grad, kau pandai-pandailah goreng apa project yang kau pernah buat. Biasanyalah, programmer yang bagus ni, masa student pun dia dah boleh coding dan ada buat project tepi or part time. Bubuh je.

Clear?

Click sini kalau berminat..https://jobs.panglima.org

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.