BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR..

B

(NASIHAT BUAT MEREKA YANG TELAH BERCERAI..)

Sama ada kita masih tidak boleh terima atau tidak penceraian yang telah berlaku, ia telah pun berlaku. Ia telah tertulis di luh mahfuz dan telah ditakdirkan.

Aku kira kita kena redha dan move on. Bukan terus menerus menyerang ayah atau ibu kepada anak kita. Apa yang kita nak? Apa yang kita dapat buat sebegitu? Puas hati?

Orang itu dah tak suka kita, jodoh sudah habis, atau sudah tiada persefahaman. Kenapa kita perlu meroyan dan merentan? Nampak macam kita yang tak boleh move on. Nampak macam kita pula yang gila talak.

Dia dah nikah lagi. Baguslah. Good for him/her. Cuba fikir, kalau kita masih bersama, adakah kita akan bahagia? Kalau kita masih sayangkan suami kita, sebagai isteri kita ajaklah berpoligami baik-baik kalau dia dah ada orang lain.

Sebagai suami pula, jika isteri sudah tidak suka kita, atau kita sudah tiada hati dengan isteri kita, lepaskanlah baik-baik. Ikut hukum dan hakam agama. Nikah kerana agama kan? Maka cerailah kerana agama!

Dia nikah di siam ke, dia kahwin lari ke, dia kahwin jogging ke, itu urusan dia dengn autoriti. Adakah kita akan bahagia melihat mantan kita dikecam dan dihambat netizen? Adakah pahala yang menanti perbuatan itu?

Entahlah, aku tak faham kenapa ada orang yang tak boleh move on dengan penceraian walhal 1001 hikmah dan kebaikan yang perlu dilihat. Kalau kita beriman dengan Allah, tuhan sebaik-sebaik perancang. Wajar kita muhasabah.

Kenapa perlu bermusuh setelah bersama sekian lama, walhal banyak kenangan indah ketika bersama yang boleh dikenang. Cubalah bersangka baik dengan tuhan. Always look on the bright side of life. Itulah yang terbaik jalan cerita hidup kita.

Apa yang kita cari dalam hidup ini? Bahagia yang abadi atau kepuasan nafsu sendiri. Jangan lupa, kita masih lagi ada hari pengadilan dan pembalasan. Sesiapa yang berbuat zalim, ia pasti akan dibalas.

Penceraian bukanlah kesalahan. Tidak juga berdosa. Itu solusi. Sama juga dengan nikah. Kedua-duanya adalah syariat. Syariat yang boleh membawa kepada pahala. Dunia dan akhirat. Sepatutnya penceraian itu diraikan sebagaimana pernikahan kerana masing-masing adalah syariat Islam.

Kita telah melihat macam-macam kisah dan ceritera selepas bercerai. Segala aib akan dibuka. Walhal selama tinggal sekali semua itu tidak pernah diperkatakan. Adakah pertandingan membuka aib selepas bercerai adalah simbol keberkatan dan kerahmatan dalam hidup kita.

Penceraian yang patut kita contohi adalah penceraian Mizz Nina dengan Noh Hujan. Walaupun kita tahu ada pelbagai spekulasi. Mizz Nina pilih untuk move on tanpa sebarang kontroversi. Tak perlu menyerang mantan suami, tanpa perlu berjoget meraikan penceraian.

Kita ada pilihan untuk memilih jalan redha, atau jalan gila. Aku teringat kata-kata guru kami ketika mensyarahkan kitab La Tahzan, dia menyebutkan,

“Jika terjadi sesuatu yang bukan dalam perancangan kita, maka berdamailah dengan takdir. Pasti hidupmu akan lebih tenteram..”

Wallahu’alam..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.