BERKAWANLAH DENGAN ORANG YANG BAGUS-BAGUS..

B

“Bro, kenapa aku tak boleh komen dekat wall kau?”

Ya, memang aku set hanya friend sahaja yang boleh komen di wall aku. Itulah keistimewaan jadi friend aku. Kau boleh komen di wall aku, boleh main-main di taman aku.

Follower pula hanya boleh jenguk-jenguk dari luar taman aku. Boleh tengok je wall aku, tak boleh bermain-main, tak boleh komen. Memang aku tak bagi kau main-main sini.

Yang kena ban pula. Guard aku dah halau kau berambus sebab menyemak je kat taman aku. Mengganggu aku dan kawan-kawan nak berkemah di taman aku.

—-

Aku memang sengaja menongkah arus kaum muslimin hari ini. Mereka ini “menyembah” ulama’, lebai, ustaz. Mereka ini desperate mencari ikon, mencari hero, mencari tokoh. Aku mengambil jalan untuk mengkritik ketaksuban ini. Supaya friendlist aku dapat disucikan.

Abu Musa Al-Asy’ari R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‏ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ، وَكِيرِ الْحَدَّادِ، لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ، أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ، وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً

Maksudnya : Perumpamaan seorang individu yang baik (yang duduk bersama dengan kita) dan juga individu yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan juga tukang besi. Duduk bersama penjual minyak wangi sama ada kamu akan membelinya atau kami dapat menikmati bauan wanginya. Manakala duduk bersama tukang besi pula sama ada menyebabkan terpercik api ke badan atau baju kamu, atau kamu mendapati bauan yang busuk darinya.

Riwayat Al-Bukhari (2101)

Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata :

وَفِي الْحَدِيثِ النَّهْيُ عَنْ مُجَالَسَةِ مَنْ يُتَأَذَّى بِمُجَالَسَتِهِ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالتَّرْغِيبُ فِي مُجَالَسَةِ مِنْ يُنْتَفَعُ بِمُجَالَسَتِهِ فِيهِمَا

Maksudnya : Pada hadis ini terdapatnya larangan bermajlis dengan mereka yang memberi gangguan (atau menyakiti) menerusi majlis bersamanya sama ada gangguan itu pada agama atau pada dunia seseorang. Begitu juga (hadis ini) menganjurkan supaya duduk bersama dengan mereka yang kita mendapat manfaat dari mereka dalam urusan agama dan juga urusan dunia.

Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (4/324)

Aku nak berkawan dengan orang baik-baik, orang tak taksub, tak sembah ulama’, lebai atau ustaz. Aku nak berkawan dengan manusia yang merdeka jiwanya, akalnya dan poketnya. Orang yang beriman dengan Allah rabbul jalil bukan ahli syirik yang mengkufuri Allah dengan makhluk..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.