“BERNIAGA PUN DIGANGGU, LEBIH BAIK MEROMPAK!”

Tahun lepas, beberapa anak muda approach aku nak buka cafe. Konsep dan makanannya agak menarik. Lokasinya juga cantik. Zaman kegemilangan blockchain developer, memang banyak aku buat CSR dan invest dekat start-up yang baru nak up. Tak kira apa bidang pun.

Aku melihat lokasi dan SCRUT tempat tersebut.

1. Tidak mengganggu trafik.

2. Selama ini orang tak berani masuk dan lalu lalang. Jadi sarang penagih dan ular sawa. Mereka akan bersihkan.

3. Jiran-jiran semua setuju.

4. Orang majlis pun tak kisah.

Aku minta anak-anak muda ini buat elok-elok, jaga tempat tu bersih-bersih. Pasang grease trap dan maintain supaya sentiasa bersih. Alhamdulillah, mereka buat semua itu.

Tapi, bila mereka nak apply lesen. Majlis tak boleh keluarkan. Ada isu teknikal katanya. Tapi, pada aku, semua itu boleh di-revise balik. Anak-anak muda ni berniaga, bukan nak merompak. Sepatutnya kita kena entertain mereka.

Aku faham, isu ini di peringkat atasan untuk kelulusan. Pegawai-pegawai di situ menyambut baik usaha gigih anak-anak muda itu. Mereka pun datang melepak dan makan di situ. Mereka bayar tau. Alhamdulillah.

Perniagaan mereka jalan seperti biasa, mereka belajar berniaga dengan baik. Daripada sendiri masak, sampai hire pekerja. Sampai suatu hari, ada jiran kapitalis elitis baru pindah. Aku tak tahu apalah dosa anak-anak muda ini, sikap dengki dan khianat jiran baru, dia telah membuat laporan ke majlis kerana perniagaan tersebut tiada lasen.

Kata seorang pegawai majlis yang budiman, dia report hari-hari di web, sampai whatsapp ke ahli majlis. Hari-hari dia follow up. Sampai mereka terpaksa datang. Alhamdulillah, ada sahabat kita yang baik dengan seorang menteri, kata menteri itu biarlah anak muda nak berniaga di situ. Dia tak ganggu trafik, dia tak buat kotor. Kenapa nak ganggu gugat rezeki mereka.

Apabila jiran kapitalis elitis ini tahu yang anak-anak muda ini mendapat restu majlis dan menteri. Dia ganggu cara lain pula. Dia buat renovation pejabat dia, dia dengan sengaja suruh kontraktor dia parking tong sampah tengah-tengah dan melintang di depan cafe anak-anak muda ini. Walhal dia boleh sahaja park elok-elok tanpa mengganggu.

Yang lebih dahsyat, selepas habis renovation, sampah-sampah renovation dia ditinggalkan begitu sahaja. Anak-anak muda ini yang kena kutip dan buangkan kerana nak berniaga di situ dan nak tempat tersebut bersih.

Anak-anak muda ini pernah confront jiran kapitalis elitis ini. Dia dengan muka slumber kata, dia tak pernah report apa-apa, dia support anak muda meniaga, siap wayang lagi malam itu dia makan di situ. Walhal report dia, telah ditunjuk oleh pegawai majlis kepada kami.

Begitulah kisah musibat kapitalis elitis bangsat yang menekan dan membuli anak muda hari ini. Aku nak tolong, dia pula mengganggu dan cuba membuli anak-anak muda ini mencari rezeki yang halal di malam hari. Siang mereka kerja, malam mereka berniaga. Tak bagus ka? Inilah yang dimaksudkan kapitalis elitis yang buta perut!

Siapa di sini yang pernah berniaga bersungguh-sungguh buka gerai/cafe/booth tepi jalan/bangunan tetapi diganggu kapitalis dan elitis yang buta perut? Cerita sikit..

Aku pernah tulis pasal ini, jangan sampai mereka rasa merompak dan mencopek itu sama dengan berniaga, kalau berniaga pun diganggu dan ditangkap.

Aku hairan, yang kaya raya dibantu, yang marhaen diganggu. Kenapa?

#Heilb40
#OrangMuda
—-

Rujuk sini aritikel lama aku :

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.