BERSUGI ATAU MENGGOSOK GIGI DI SIANG HARI TIDAK MEMBATALKAN PUASA..

B

Mu’az bin Jabal RA pernah ditanya tentang bersugi semasa berpuasa :

عنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ غَنْمٍ، قَالَ: سَأَلْتُ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ أَتَسَوَّكُ وَأَنَا صَائِمٌ؟ فَقَالَ: نَعَمْ، قُلْتُ: أَيُّ النَّهَارِ؟ قَالَ: أَيَّ النَّهَارِ شِئْتَ، إِنْ شِئْتَ غُدْوَةً، وَإِنْ شِئْتَ عَشِيَّةً، قُلْتُ: فَإِنَّ نَاسًا يَكْرَهُونَهُ عَشِيَّةً، قَالَ: وَلِمَ؟ قُلْتُ: يَقُولُونَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنَ الْمِسْكِ» فَقَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ لَقَدْ أَمَرَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالسِّوَاكِ، حِينَ أَمَرَهُمْ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لَابُدَّ أَنْ يَكُونَ بِفِي الصِّيَامِ خُلُوفٌ، وَإِنِ اسْتَاكَ، وَمَا كَانَ بِالَّذِي يَأْمُرُهُمْ أَنْ يُنْتِنُوا أَفْوَاهَهُمْ عَمْدًا، مَا فِي ذَلِكَ مِنَ الْخَيْرِ شَيْءٌ، بَلْ فِيهِ شَرٌّ إِلَّا مَنِ ابْتُلِيَ بِبَلَاءٍ لَا يَجِدُ مَنهُ بُدًا قُلْتُ: وَالْغُبَارُ فِي سَبِيلِ اللهِ أَيْضًا كَذَلِكَ؟ إِنَّمَا يُؤْجَرُ فِيهِ مَنِ اضْطُرَّ إِلَيْهِ وَلَمْ يَجِدْ عَنْهُ مَحِيصًا؟ قَالَ: «نَعَمْ، وَأَمَّا مَنْ أَلْقَى نَفْسَهُ فِي الْبَلَاءِ عَمْدًا فَمَا لَهُ مَنْ ذَلِكَ مِنْ أَجْرٍ

Daripada Abd al-Rahman bin Ghanam, berkata: Aku bertanya Mu’az bin Jabal:
“Apakah boleh saya bersugi sedangkan saya berpuasa?”

Jawab beliau:
“Ya.”

Aku berkata:
“Pada waktu siang masa bila?”

Jawabnya:
“Pada masa mana saja yang engkau mahu, pagi ataupun petang.”

Aku berkata:
“Orang ramai membenci bersugi pada waktu petang.”

Tanya Mu’az:
“Kenapa?”

Aku menjawab:
“Mereka berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi.”

Kata Mu’az:
“Subhanallah! Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memerintahkan mereka supaya bersugi. Ketika baginda memerintah mereka, baginda tahu bahawa sudah pasti mulut orang berpuasa akan berbau sekalipun bersugi. Tidaklah baginda orang memerintahkan agar mereka membusukkan mulut mereka secara sengaja. Tiada kebaikan sedikit pun untuk mereka dalam perkara tersebut. Bahkan padanya keburukan kecuali mereka yang diuji dan tidak dapat dielakkan.”

Aku berkata:
“Tidakkah demikian juga dengan (kelebihan) debu pada jalan Allah?! Hanya diberikan pahala kerana debu itu bagi sesiapa yang tidak dapat elakkan?”

Kata Mu’az:
“Ya, adapun sesiapa yang sengaja mencampakkan dirinya dalam bala (mulut busuk ataupun debu) maka dia tidak mendapat pahala.”
[HR al-Tabarani dengan sanad yang sahih]

Maka teruskan bersugi setiap kali hendak solat seperti biasa kerana ia tidak membatalkan puasa.

Cuma jangan pula kongsi kayu sugi macam puak ni. Karang terkena Hepatitis baru tau. Yang air liur ada barakah ni hanya Nabi SAW. Lebai korang, habib korang takda semua tu. So, jangan jadi pengotor dan merosakkan imej Islam dengan ajaran melampau taksub sebegini.

Sekian.

https://www.facebook.com/100070482068557/videos/pcb.255603950132339/124568693810276

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.