TAHNIAH DS ZAHID HAMIDI..

T

Hari ini timbalan perdana menteri kita telah dilepaskan pasportnya oleh mahkamah rayuan kerana tiada bantahan oleh DPP.

“Deputy public prosecutor Abdul Malik Ayob told the bench he had instructions not to object to the application.”

DPP kasitau dia mendapat arahan untuk tidak membantah. Steady! Ketaatan yang tiada belah bahagi.

Memang amat jarang berlaku untuk tertuduh yang ada ada prima facie, yang sedang menunggu keputusan mahkamah dilepaskan pasportnya secara kekal (permanent).

Untuk pengetahuan, hakim yang mengadili kes Yayasan Akal Budi dan memutuskan terdapat prima facie telah dinaikkan pangkat menjadi hakim mahkamah rayuan. Jadi hakim baru akan takeover kes Akal Budi kalau tak silap.

Anyway, kejadian pelik ini menang rare. Ia memberi amaran kepada aku dan rakan-rakan pejuang #JusticeForBella yang banyak kebarangkalian boleh berlaku di dalam sistem kehakiman negara madani kita.

Antaranya, mungkin selepas Siti Bainun didapati bersalah. Pihak Siti Bainun buat rayuan, AG arahkan takyah masuk lawan. Atau diorang masuk representasi macam Lim Guan Eng dan Rafizi buat dulu, DPP tak lawan. So, terlepas juga.

Begitulah..

Apa pun segala yang baik daripada Allah yang mengatur segala kehidupan. Yang buruk hanyalah mereka yang menghina Nabi SAW, suami sendiri, bapa mentua sendiri, menyokong pendera adik Bella dan terlibat dengan kematian baby lahir sonsong.

Eh!
Selamat travel-travel DS Zahid!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.