BERTAUHID DI NEGARA KANGAROO LEBIH MUDAH DARI NEGARA ISLAM?

B

Aku ni keturunan campur. Melayu, Cina dan India. Ada keluarga yang Hindu, ada keluarga yang Budha dan ada keluarga yang yang Christian. Tapi aku tak pernah ada isu bila aku tak ucap selamat pada hari perayaan agama mereka.

Makan besar, open house dan segala party aku datang je. Takda pula aku kena maki, awat you taknak wish selamat? Yang aku tahu, diorang respect keluarga aku, dengan sediakan makanan yang semuanya halal. Steady!

Aku juga tinggal di negara kuffar lebih 10 tahun. Macam-macam perayaan diorang sambut. Boss kesayangan aku pun sambut Xmas. Seingat aku, tak pernah sama sekali aku ucap selamat pada sambutan agama mereka. Takda pula isu.

Sama juga di Australia. Party dan bbq diorang aku hadir. Takda siapa pula yang paksa aku sarung topi santa. Bahkan diorang tau aku tak minum dan tak makan babi. Biasanya diorang akan sediakan Turkey halal.

Di Malaysia ni kalau kau tak wish, esok ada orang akan pukul kau ke? Atau kalau kau tak wish, kau jadi jiran yang jahat? Warganegara yang jahat? Cukuplah kau jadi jiran dan warganegara yang baik. Tak ganggu jiran, bersopan dan bersusila. Tidak melakukan jenayah.

Kalau setakat wish selamat je pandai, tapi kau tak pernah bayar duit persatuan penduduk, nyusahkan jiran-jiran kena topup. Lepas tu riuh lebih. Baik kau muhasabah diri. Adakah kau jiran yang baik dengan jiran-jiran yang beragama Hindu, Budha dan Christian? Belum lagi cerita deal business tak jadi, sembang cam bagus. Ohya, asal tak rasuah kan?

Isu ucap selamat pada perayaan kuffar ini isu akidah. Isu yang membezakan iman dan kufur. Isu utama yang membeza Islam dengan agama lain. Rasuah? Islam juga larang, semua agama larang. Bahkan mereka yang takda agama pun tau ia tak baik.

Jangan sampai nanti Islam tinggal pada nama. Jadi pornstar takpa, asal tak rasuah. Berzina takpa, asal tak rasuah. Memfitnah takpa, asal tak rasuah. Beli banglo murah takpa, asal kawan-kawan tak kata rasuah. Rasuah ke tidak pun masih ada khilaf menurut perspektif masing-masing. Contoh, bayar terowong 300 juta bukan rasuah kata macai DAP, tapi macai Umno kata rasuah.

Adakah segala kerosakan dunia itu hanya berkait dengan rasuah semata-mata? Jawabnya tidak. Islam itu berdiri dengan prinsip akidah, ibadah dan muamalat. Itu beza agama aku dengan agama lain.

Wallahu’alam..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.