1. Kes VLN tiada direct transaction masuk ke account Zahid Hamidi.
2. Kes Akal Budi ada direct transaction daripada funder ke yayasan ke bank Zahid Hamidi melalui pembayaran credit card Zahid Hamidi.
3. Kes VLN hakim yang decide untuk melepaskan Zahid Hamidi.
4. Kes Akal Budi, AGC yang tarik pendakwaan.
5. Kes Akal Budi telah terdapat prima facie yang diputuskan oleh hakim.
6. Hakim Colin (kes Akal Budi) juga telah menolak permohonan Zahid Hamidi untuk pelepasab passport. Zahid mendapatkan passport di mahkamah rayuan.
7. Aku dah pernah tulis sebelum ni yang kes VLN payah nak lekat manakala kes Akal Budi insyaAllah lekat.
8. Benar, kes VLN tak lekat dan Akal Budi sangkut. Cumanya kes Akal Budi walaupun sudah sangkut prima facie, AG tidak mahu teruskan.
9. Dalam perlembagaan persekutuan, AG dibery kuasa punuh untuk mendakwa dan menarik pendakwaan terhadap sesiapa yang dia rasakan telah melanggar undang-undang.
10. Itu sebab di Casablanca, orang-orang lamo ada sebut satu kata-kata hikmah,
“Tak boleh minum kopi dengan hakim, bawalah pendakwa ke Istanbul..”