BILA TIADA HUJAH, WAHABI JADI PELURU PERAK!

B

Inikah akhlak orang yang kononnya sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW? Adakah ini adab yang diajar oleh guru-guru yang sanadnya bersambung kepada Nabi SAW?

Sejak bila aku ni wahabi? Aku ni syafie pure tau!

Aku solat subuh baca qunut. Bismillah jahar, bayar zakat fitrah pakai beras, sentuh isteri batal wudu’, sentuh gopren kena nikah..

Aku ni ngaji pondok tau! Sifat 20, aqidatul awwam. Bukan ngaji Uni Madinah atau Uni-uni di Saudi. Aku juga karkun 4 bulan IPB. Aku ngaji dekat Darul Uloom juga.

Tiba-tiba kau wahabi-kan aku. Aku ni belajar dengan eldest Jemaah Tabligh, diorang ajar kita kena ikut Nabi SAW dan para Sahabat Rhum. Ikut mereka kejayaan, tak ikut kegagalan.

Itu yang aku tanya, Nabi ada buat? Sahabat ada buat? Sahabat faham lagu mana?

Teringat aku kaedah yang biasa ulama’-ulama’ ahlussunnah ajarkan agar kita tidak terbabas,

لَوْ كَانَ خَيرْاً لَسَبَقُوْنَا إِلَيْهِ

“Seandainya amalan tersebut baik, sudah tentu mereka (para sahabat) sudah mendahului kita untuk melakukannya.”

Takkan nak ikut dan nak amal apa yang majoriti para sahabat amalkan pun jadi wahabi? Nak ikut Nabi dan para sahabat ke ikut tok guru lebai kau?!

Wahabi tu sebenarnya apa?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.