TIDAK CUKUPKAH ZIKIR DAN WIRID YANG NABI SAW DAH TUNJUK?

T

Beginilah, kalau nak cari hujah, memang macam-macam cara dan gaya kita boleh buat untuk kasi jadi boleh. Antaranya, Nabi SAW ada larang ke? Niat hu hu hu itu adalah kepada Allah. Salah ke?

Takpa, siapa nak buat zikir macam tu silakan. Cuma #MindaSkeptikal aku nak tanya sikit, takcukup ke zikir dan wirid yang Nabi SAW dah ajarkan seperti Subhanallah, Allahamdulillah, Allahu akbar dan Lailaha illallah?

Tak cukup ke? Ke terlalu panjang sampai nak kena buat short cut?

Minda #EvidenceBased aku pula berkata. Zikir dan wirid ini ibadah kepada Allah, ia pasti datang deripada Nabi SAW. Jadi, sudah pasti Nabi telah mengajar para sahabatnya zikir hu hu hu. Sepanjang pengajian aku di pondok mahupun daurah hadis, aku tidak jumpa lagi hadis yang ajar zikir hu hu hu.

Jadi eloklah aku zikir dan wirid sebagaimana Nabi SAW ajarkan kepada kita yang ada dalil yang sahih dan sarih kelebihan dan fadhilatnya. Antaranya zikir Fatimah atau tasbih Fatimah. Pernah dengar tak?

Mari aku kongsikan..

Dari ‘Ali bin Abi Thalib RA ketika menceritakan kisah Fatimah RA binti Muhammad SAW. Suatu hari, Fatimah RA mendatangi Nabi SAW untuk meminta diberi pembantu (hamba). Rasulullah SAW berkata kepada anaknya, Fatimah RA,
أَلاَ أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ؟ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا، أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَسَبِّحَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَاحْمَدَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

“Mahukah kamu berdua jika aku tunjukkan kepada sesuatu yang lebih baik daripada seorang pembantu? Jika kamu berdua hendak tidur, ucapkanlah takbir 33 kali, tasbih 33 kali, dan tahmid 33 kali. Maka ini adalah lebih baik daripada seorang pembantu.”

‘Ali RA berkata,
فَمَا تَرَكْتُهَا بَعْدُ
“Aku tidak pernah meninggalkan amalan itu setelahnya (setelah ‘Ali RA mendengarnya dari Nabi SAW).”

Ditanyakan kepada ‘Ali bin Abi Thalib RA,
وَلاَ لَيْلَةَ صِفِّينَ؟
“Bagaimana ketika malam perang Shiffin?” (iaitu peperangan yang masyhur, yang terkadang melalaikan seseorang daripada berzikir kepada Allah Ta’ala).

‘Ali RA menjawab,
وَلاَ لَيْلَةَ صِفِّينَ
“Tidak sesekali (aku tinggalkan) walaupun ketika perang Shiffin.”
(HR. Bukhari & Muslim)

Korang nak zikir cara Nabi ajar Fatimah atau cara lebai ajar korang?

Nak ikut lebai huhuhu atau hadis yang sudah sahih lagi sarih?
Terserahlah akal dan iman korang!

😜

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/5502973649816745

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.