PERNAH DENGAR ZIKIR AH AH AH?

P

Zaman aku dengan tariqat dulu, sebagai ahli sufi, zikir kita kena unik, kena rare, kena lain daripada yang lain.

Sebab maqam kita maqam fana’ dan baqa’. Ilmu kita ilmu hakikat dan maarifat. Guru-guru kita sufi dan wali Allah.

Guru-guru kita boleh dapat ilmu daripada mimpi, boleh yaqazah dan boleh selak tirai terus tanya Nabi. Mereka kata mereka ada ilmu ladunni.

Aku pernah menghadiri majlis zikir yang bermula dengan La ilaha illallah, kemudian zikir Allah, kemudian dipendekkan lagi kepada Ah ah ah.

Selain menggunakan hujah zikir ini level lain, ada juga yang berhujah mengatakan zikirlah apa cara pun asalkan ingat Allah.

Sebabaimana haiwan-haiwan, tumbuhan-tumbuhan dan gunung ganang yang sentiasa berzikir kepada Allah. Zikir dan tasbih mereka bersih. Itu sebab boleh meringankan azab dalam kubur. Mereka boleh doakan kita. Maka, zikir cara mereka ini hanya para sufi auliya ilallah sahaja yang mendengarnya dan mengajar kepada kita.

Jadi bila dengar zikir hu hu hu tu macam bunyi ungka, aku rasa mungkin mereka berzikir cara ungka. Ungka kan haiwan. Haiwan sentiasa berzikir kan?

Salah ke tidak? Entahlah. Mereka kata niat dan ingat Allah. Cumanya takdalah dalil zikir hu dan ah ini diajar Nabi SAW dan diamalkan para sahabat Rhum.

Korang nak ikut ajaran Nabi ke ajaran lebai selak tirai?

😜

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/438746291759489

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.