Aku ni bukan kaki biskut dan makanan manis. Aku marhaen, aku suka ikan keli dan sambal belacan. Tapi aku paling suka pow kawan-kawan.
“Laparrr!!!”
Bila supplier hantar biskut-biskut ni, aku ternampak Krispy Kreme, terus aku teringat tahun pertama aku di Adelaide. Untuk pengetahuan korang, Adelaide ialah kampung, orangnya tenang-tenang, slow and steady, begitu juga pembangunannya.
Tahun pertama aku di Adelaide, takda Krispy Kreme di sana, so, senior-senior or kawan-kawan yang pergi ke Melbourne, biasa akan bawa baliklah 1-2 kotak set donat Krispy Kreme.
Aku kan tak makan sangat benda-benda manis ni, so aku takdalah kisah sangat. Cuma kawan-kawan aku je macam happy sangat. Aku ni orang kampung miskin, so aku lagi suka karipap, pulut panggang dan donat Hajah Milah tepi parit.
Aku pun ambillah satu ketul yang original flavor,
“Oh, ini rasanya, padanlah sodap!”
Jadi, bila Arnott collab dengan Krispy Kreme ni, aku kira mesti collaboration yang padu. Yerlah, Arnott pakar biskut, Krispy Kreme ada flavor dan style signiture mereka sendiri.
Telahan aku memang benar!! Sedap ya amat!!
Kalaulah usia aku masih muda remaja, pasti akan aku kunyah sepanjang perjalanan setiap hari dari Nilai ke KL. Maklumlah, tak mampu duduk KL. Malangnya sudah tidak berapa muda, tapi yang pasti gopren lagi tua. Uhuk.
Kalau orang tanya sedap ke tak, memang sedap. Ini barang collab limited edition, barang rare. So, jangan menyesal. Boleh terus dapatkan di IFMAL, IFMAL Melawati dan IFMAL Bangi. Boleh buat sarapan untuk anak-anak juga!