bitcoin haram atau tidak

b

Ada sahabat telah bertanya kepada timbalan mufti wilayah tentang pengharaman bitcoin. Jawapan yang beliau terima adalah :

1. Tidak diharamkan secara mutlak.
2. Diharamkan kerana wujudnya scam menggunakan bitcoin.

Selain itu, ada ahli majlis fatwa mengatakan ia haram lighairihi bukan lizatihi.

Lu nak haramkan ke tidak sekarang ni?

Selepas mendengar tentang ini. Amat benarlah majlis fatwa dan pejabat mufti adalah institusi yang wajar ditutup kerana sudah tidak releven. Agama tak perlu institusi yang mendanai mereka yang lemah akal kerana agama dilihat sangat dangkal.

Kerajaan membelanjakan sejumlah dana untuk sebuah institusi yang menghina akal (insult intelligence) adalah sebuah pembaziran yang nyata. Hal ini benar-benar benar-benar memalukan agama Islam yang suci.

Sebab itu sampai hari ini majlis fatwa gagal
mengeluarkan laporan kajian holistik mereka . Projek pembodohan umat yang dijalankan institusi agama wajar diberhentikan.

Agama tidak membodohkan akal. Suatu pembaziran yang dahsyat jika dana dikeluarkan untuk membayar gaji/elaun lebai-lebai untuk menjayakan projek pembodohan umat.

Ah, gua mana faham kan? Ya, memang gua tak faham macam mana menonton filem Polis EVO II lebih aula dari menghadiri seminar akademik.

Dulu kawan gua yang agak liberal selalu mengungkapkan kata-kata ini, tapi hari ini gua rasa kata-kata keramat beliau amat gua setuju. Kata beliau,

“Kalau benarlah ini agama, lebih baik aku murtad!”

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.