Aku memang suka block orang. Sebab Facebook dah sediakan button untuk block. Aku juga suka unfriend untuk mereka yang aku sedar tak layak friend dengan aku. Pun button sudah disediakan Facebook.
Aku bukan influencer mahupun gila glamour. Segala penulisan aku adalah dari aku. Aku takkan please sesiapa pun. Mungkin ada orang yang add/follow aku sebelum ini nampak macam aku sealiran dengan dia. Kemudian kecewa aku kritik kepercayaan, aliran dia, tok guru dia atau idola dia.
Kau boleh terus unfriend aku. Even block aku. No heart feeling. Sebab wall aku, rule aku. Tak suka? Boleh berambus. Kau jangan koyak kalau aku unfriend or block kau. Dunia ini bukan hanya dalam Facebook sahaja. Luas dari itu.
Kau pun boleh buat benda yang sama. Ini negara demokrasi Facebook. Kau ketua dan boss dalam wall kau. Aku dalam wall aku. Kau tak suka boleh kick, aku tak suka aku boleh kick.
Hormat wall orang! Dia dengan pandangan dia di wall dia, kau dengan pandangan kau di wall kau. Kalau rasa ada fitnah. Ambil lawyer, saman. Negara kita ada undang-undang. Kalau dia betul, dia akan lawan dan pertahankan kenyataan dia. Dia takkan delete account dia or delete comment dia.
Jangan jadi macam Bobie Farid Shamsudin, CEO Onexox tu, dia saman aku, dia delete account Facebook dia. Sembang ada telor bagai..