BOLEH KE TIDAK HAKIM-HAKIM MAHKAMAH SYARIAH BUAT PART TIME?

B

Lebai-lebai yang ada PhD, ahli majlis fatwa negeri yang selalunya rancak me-respond, sunyi dan sepi. Kenapa?

Lebai-lebai peguam syariah yang butthurt lebih hari tu bila aku canang lubuk jackpot harta sepencarian mereka itu tidaklah berasal daripada Allah dan Rasul. Pun sendu.

Kenapa? Sebab ahli industri? Kawan-kawan? Boss-boss? Rakan-rakan?

Akhirnya muncul seorang peguam syariah yang memberitahu TIDAK BOLEH. Dia berikan kod etika yang mana dalamnya kata kena minta izin dengan Ketua Hakim Mahkamah Syariah.

Samalah macam penjawat awam yang lain kene mendapatkan keizinan Ketua Pengarah. Yang besar-besar kena dapatkan keizinan KSN. Kalau KSN kena minta izin dekat siapa? PM kan?

Kalau Ketua Hakim Mahkamah Syariah nak minta izin siapa? Ketua Hakim Mahkamah Syariah ni bawah KSN ke? Bukan judiciary berdiri sendiri ke? Dan mahkamah syariah juga berdiri sendiri? Minta kat agong? Kalau ada, share lah kebenaran tu kan.

Entahlah..
Pandangan aku, mana-mana hakim tak patut ada part time job lah. Tapi kalau katalah dibenarkan, aku harap tak buat waktu kerja lah. Even pakai zoom meeting pun buat lepas waktu kerja lah.

Kan?
Siapa bantah?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.