BOSS, APA NAK BUAT NI?

B

Tadi admin SCRUT bagitau aku,
“Boss, ramai orang minta bantuan ni. Apa nak buat?”

Ohya, tempoh hari aku dan rakan-rakan aku, Nik Izwan Kamel dan Abu Aisy buat program geran bantuan kecemasan yang dipanggil #SCRUT4marhaen. Dananya terhad dan telah habis diagihkan. Tapi masih ramai yang menghubungi kami.

Sayu memang sayu. Aku ni takda NGO nak kutip dana awam. Aku juga tidak kaya macam korang. Kereta sendiri pun Axia Kompang.

Tadi meeting dengan bakal-bakal pekerja baru. Diorang tengok je kunci kereta Axia Kompang aku yang takda remote control. Sembang boss bukan main, tapi kereta pun Axia Kompang.

Aku tengok member aku makan ayam Kyochon tak habis. Dia buang je macam tu. Aku terus sound dia.

“Weh, apsal kau makan tak habis, taulah dah kerja oil & gas..

”Aku terus teringat perjalanan hidup aku yang pernah bertemu dengan keluarga yang lagi dhaif dan miskin. Aku tengah fikir ni, mana nak dapat duit nak tolong mereka yang minta tolong ni.

Siapa yang belum baca lagi, bacalah. Mungkin boleh ubah cara korang berfikir. Buat korang yang tengah susah, ketahuilah. Ada ramai lagi orang yang lagi susah.

Terus berusaha dan berdoalah. Tak rugi korang terus berbuat baik. Jangan cepat putus asa. Dunia ini sebenarnya sangat indah kalau korang tahu menghargainya.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.