“BRO, BISNES APA PALING SENANG BUAT DUIT DI MALAYSIA?”

Itulah soalan yang dimulakan semalam untuk satu diskusi bermula lewat malam semalam. Aku macam biasa, terus jawab.

“Bisnes jual agama la.”

Disebabkan bulan raya haji ni, mulalah seorang demi seorang cerita pasal bisnes jual agama dan tunggang agama yang ada kena mengena dengan haji. Cerita pasal bayar dam di Mekah yang menipu. Kambing yang sama dipusing-pusing. Sampai jadi jutawan. Itu kerja budak-budak student Universiti Madinah.

Sampai 1 persoalan timbul, korban di luar negara boleh ke tak? Aku jawab konsisten, yang afdhalnya adalah lakukan di locality sendiri. Sendiri sembelih, sendiri makan sikit, sendiri bahagikan kepada asnaf. Itulah sunnah yang diajarkan. Kalau nak sembelih di luar negara pun, tetap lebih afdhal kau sendiri pergi, sembelih, jamah sikit dan bahagikan sendiri. Kalau melalui ejen, lebih baik niat sedekah. Ejen itu pada aku meniaga je. Entah betul tidak, kita pun taktau.

Tiba-tiba, seorang rakan menaikkan isu haram ambil upah tukang sembelih. Nak kasitau ejen-ejen qurban/aqiqah ni ambil duit haram. Katanya, diorang tunggang agama sampai kaya raya. Beli Supreme LV bagai.

Aku jawab yang sahihnya, larangan ambil/bayar upah yang dilarang adalah kerana upah dari daging korban.

Ali bin Abi Talib r.a, katanya:

أنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ أَنْ يَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ، وَأَنْ يَقْسِمَ بُدْنَهُ كُلَّهَا، لُحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلاَلَهَا، وَلاَ يُعْطِيَ فِي جِزَارَتِهَا شَيْئًا

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku membahagikan kesemuanya; daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari Muslim)

Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali:

نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

“Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri.”

Maka jelaslah yang haram adalah membayar upah pengurusan melalui daging korban. Kalau dibayar dengan harta sendiri, maka ianya harus.

Tentang qiyas upah ejen dengan upah penyembelih. Maka, aku katakan ia qiyas yang tidak tepat. Aku bersangka baik ia diambil dari wang orang yang nak melakukan korban, bukan dari bahagian daging korban.

Tunggang agama tidak salah. Memang boleh jadi kaya dan cepat kaya. Jadi, korang kena pandailah supaya tidak ditunggang.

Semuanya atas pilihan masing-masing..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.