BUKAN POPULARITI YANG AKU CARI..

B

Jemputan ke tv, podcast, forum, majlis rasmi, jumpa menteri, banyak je aku dapat, even offer job review, dan tolong buat artikel pun berlambak.

Kalau aku nak populariti, aku boleh terima segala jemputan, ke hulu dan ke hilir. Tapi, aku bukanlah jenis begitu. Aku ni pemalu orangnya.

Lagipun, tujuan aku menulis hanyalah untuk memandaikan masyarakat. Aku takda personal interest untuk jadi selebriti mahupun influencer.

Ya, betul aku memang pernah keluar dalam bebarapa media arus perdana, tapi mostly bukan atas kapasiti perjuangan aku. Kebanyakan atas kapasiti business aku.

Aku bukan menolak sepenuhnya, aku melihat dan menimbang maslahah dan mudarat untuk diri aku dan penganjur. Aku tak minat untuk nama aku digunakan atau ditunggang oleh pihak tertentu.

Jadi, aku minta maaf kepada semua pihak yang aku telah tolak pelawaan mereka. Aku ini hanyalah insan biasa, cap ayam, naik Axia Kompang je.

Aku ni berniaga level jual pinggan mangkuk dan Nutella je. Kalau korang benci aku, jangan click IFMAL tau!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.