BUKAN SEMUA FIRAUN JAHAT, FIRAUN BAIK JUGA ADA!

B

Apabila kita sebut nama Firaun, maka kita terbayangkan manusia yang jahat, membunuh anak lelaki, berperang dengan Nabi Musa dan Harun dan paling dahsyat, dia mengaku tuhan dan mengarahkan dirinya disembah!

Sehingga orang jahat sahaja, akan disebut sebagai Firaun. Mahafiraun, perangai macam firaun, jahat macam firaun. Ya, benar dalam Quran memang disebutkan Firaun sebagai manusia yang jahat. Allah memaksudkan Firaun di dalam Quran adalah Firaun di zaman Musa dan Harun.

Dalam sejarah ketamadunan Mesir purba, Firaun adalah gelaran kepada maharaja pemerintah ketika itu. Dalam rekod, bukanlah semua Firaun itu pemerintah yang jahat. Ada juga yang baik.

Firaun di zaman Nabi Yusuf antaranya yang baik. Firaun zaman itu telah melantik Nabi Yusuf menjadi menterinya dan memerintah mesir dengan aman dan damai.

Allah berfirman:

Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya:

“Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami “.
(Yusuf 12:54)

Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”.
(Yusuf 12:55)

Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
(Yusuf 12:56)

Jika ada Firaun yang baik, sudah pasti juga ada kapitalis yang baik. Bukan semua kapitalis jahat. Golongan pemodal ini ada yang baik dan beriman sebagaimana Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan radiyallahu anhum.

Yang kita lawan HANYA Firaun jahat dan kapitalis jahat!

#HEILB40
#POM
#NYAHKAPITALISJAHAT

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.