BUKAN TAK BAYAR GAJI LAH!

B

Dulu masa aku mengkritik Zamsaham secara ilmiah. Demo maki-maki ambo. Demo kato ambo dok kenal bare. Ambo kece mace musuh isley. Tapi hari ini bila ambo sokong Zamsaham, kena maki plak.

Ambo sedar yang Zamsaham memang kaya dan bergaya. Naik Porche Caymen, naik private jet. Kawan dengan TMJ, naik kuda, dan ada macam-macam business. Bahkan semua gaji player Klate FC dia setelkan, siap kasi bonus lagi dulu.

Inilah masalah sek-sek kito jange pecoh fan TRW. Masa Zamsaham selamatkan TRW @ Klate FC, mereka lupa jasa Zamsaham. Hari ini Zamsaham dipanggil Zambual pula. Walhal dia dah naikkan value TRW sehingga bernilai 100m! Betul tak?

Korang lupa ke Zamsaham ni graduan Oxford Saiid Business School tau. Kan dia pakai teknik performance based salary pay. Mungkin inilah yang diajar di sana. Nak gaji penuh, kasi menang. Walaupu ia defy psikologi manusia yang mahukan upah untuk kerja dengan baik. Ini teknik Human Resource Management gaya pre-IPO lah.

Ada orang tuduh-tuduh Zamsaham ni bukan businessman, dia collect duit orang je. Diorang tak baca ke TMJ kata Zamsaham ni businessman. Korang yang rasa tertipu sebab melabur dengan dia tu sebab tak faham maksud investment. Tak faham future value, potential return dan good will.

Itulah siapa suruh takda otak nak melabur. Nak untung je kepala. Time nak untung tak tanya aku, dah rasa rugi baru nak contact aku. Padanlah muka korang. Kan aku dah ajar, #SCRUTdulu! Taknak kena tipu, SCRUT dulu!

Cuba korang beli report SSM dia dulu dekat SSM. Aku sampai develope Interepo (www.interepo.com) untuk memudahkan korang dapatkan report SSM mana-mana syarikat. Itu pun korang taknak buat.

Aku cuma tak setuju bab Zamsaham nak tunggu KAFA bayar hutang kepadanya untuk buat padang latihan. Let say-lah, kalau menang pun. Bukannya boleh dapat hutang tu terus. Ingat senang? Lagi 1, KAFA hutang apa plak?

Beli kelab mestilah beli sekali dengan hutang-hutang kan? Harap Zamsaham share dokumen saman dia dekat KAFA. Biar kita semua menilai. Kalau tak, aku anggap dia jual harapan jela. Payahlah jual harapan ni. Teknik harapan.

Taulah TAYOR. Trade At Your Own Risk kan? Just nak tanya, alang-alang Zamsaham nak kutip hutang kan, hutang dia dengan Nita Sahari dah setel kan? Aku tau mesti setel. Zamsaham kan jutawan. Mesti steady!

Itu hari promote ipo DXN, mesti sudah untun banyak. Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.