Dia kata, dia taktau pasal duit keluar masuk dalam KHK. Semua itu Fazrysham yang pegang dan uruskan. Dia juga tidak tahu pasal duit-duit pelaburan yang dibuat di atas nama KHK.
Kenapa mereka-mereka yang pernah terlibat dengan Sham telah buat cover report? Cuba fikir? Sebab mereka-mereka ini sebenarnya tahu betapa seriusnya aktiviti-aktiviti yang Sham buat. Yang akan memberi kesan kepada mereka nanti.
Memang benar Sham telah admit dia saja. Tapi ramai anggap mereka berpakat sahaja. Tetapi setelah cover report dibuat. Ia tampak lebih serius dan ada dokumen yang menuding ke Sham.
Terima kasih serta tahniah kepada bekas-bekas kawan, kenalan, partner dan AJK NGO Sham yang telah melakukan tindakan yang betul untuk menjaga diri masing-masing.
Mana follower-follower Sham yang berbangga dengan keberanian Sham tempoh hari? Di mana dia sekarang ini? Kenapa taknak come clean?