CARA-CARA MELAWAN PEGAWAI LHDN YANG JAHAT!

C

Semalam, sekali lagi aku ke pejabat LHDN HQ di Cyberjaya. Jika sebelum-sebelum ini, aku ke sana kerana rakyat marhaen, kerana masyarakat dan kerana perjuangan. Kali ini aku hadir kerana urusan aku sendiri.

Ya, sebelum ini aku langsung tidak bawa agenda peribadi. Kali ini, benar ia agenda aku dan syarikat-syarikat aku. Untuk pengetahuan korang, aku dan syarikat-syarikat aku memang terluka parah diganggu dan dibuli oleh pegawai-pegawai LHDN yang jahat.

Itulah harga yang aku kena bayar untuk berjuang melawan kebejatan kejahatan yang tidak pernah diredhai oleh mana-mana insan pembayar cukai. Tiada mana-mana manusia yang suka dirinya disusahkan, diugut dan diancam oleh mereka yang memegang kuasa dengan akta.

Perjumpaan semalam dibuat melalui arahan, timbalan ketua pengarah/ceo, Datuk Mohd Jaafar melalui firma seorang peguam yang berani, Messrs Haziq A Subhi & Co ,surat jemputan perjumpaan itu dihantar kerana aku telah melalui Haziq DSubhi telah menghantar LOD kepada seorang pegawai LHDN yang telah memfitnah aku di hadapan ramai orang.

Ketika itu, dia hendak memaksa aku bersetuju dengan jumlah wang yang dia mahukan daripada aku melalui sebuah syarikat aku. Dia telah menggunakan skrip-skrip biasa yang kita semua biasa kena seperti akan menyusahkan kita lagi dan lain-lain lagi. (Rujuk laporan polis, bahagian komen)

Aku telah membuat laporan integriti melalui email LHDN sebelum ini, haram tak respond apa pun. Tetapi setelah satu demi satu gangguan dan “harrassment” yang dibuat melalui akta dan kuasa. Aku nekad untuk membalas balik kebejatan yang dia lakukan terhadap aku melalui tindakan undang-undang civil terhadap dia since dia ada fitnah aku, ada saksi dan bukti.

Maka aku telah mengarahkan peguam untuk menghantar LOD untuk mengheret dia ke mahkamah nanti. Selama ni dia bajet gangsta, ugut-ugut aku, sekali dapat LOD je terus “nangis” barangkali. Mengadu ke pihak atasan. Walhal, LOD itu ditujukan kepada dia as individual. Inilah jenis budak jahat bila orang nak balon, lari balik rumah ngadu dengan ayah.

Aku pun, bukanlah ada apa. Aku nak dengar dia buktikan di dalam mahkamah segala fitnah-fitnah dan tuduhan-tuduhan di kepada aku dulu, dibuktikan di dalam mahkamah. Kalau dia bercakap benar, ada bukti, kenapa lari? Sampai bagi ke boss di HQ. Takda maruah punya makhluk. Ingat ada 2 bini jadi awesome, tapi loser!

Ini jenis macam pengawas-pengawas nerd dekat sekolah, rambut tancho sikat tepi leper, butang sampai atas, seluar atas pusat. Baru dapat kuasa sikit dah rasa besar nak buli budak-budak lain guna kuasa pengawas. Sekali ada yang lawan balik, terus ngadu kat pengetua.

Hari semalam, pihak LHDN menghantar wakil mereka, seorang yang mereka tahu dapat melembutkan hati aku. Abe Sukri, pengarah bahagian pematuhan, seorang yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi. Aku kira, kesemua pegawai LHDN kena belajar dan ikut cara dan gayanya. Kata kawan-kawan yang lama dalam LHDN, Abe Sukri ni otai, respected dan memang orang baik. Aku harap Abe Sukri boleh setelkan untuk menenangkan amarah aku.

Tak faham aku, kenapa mereka-mereka di cawangan dan lapangan ni taknak jadi baik, disukai dan dihormati? Kenapa mereka pilih untuk jadi setan atau lembaga yang dibenci, yang menyakiti pembayar cukai. Memilih jalan mengugut dan mengancam rakyat marhaen untuk mengejar KPI kutipan walaupun ketika era Covid dan pasca Covid. Aku tak faham?!

Kalau nak diikutkan, aku macam malas nak pergi dah ke HQ LHDN ni since aku dah bertemu dengan CEO LHDN secara 4 mata. Aku dah luahkan segala-galanya, tapi disebabkan panggilan ini adalah kes aku sendiri, aku sekali lagi hadir. Hadir kerana hormat, hadir kerana aku tidak gentar menghadap lembaga di HQ lembaga.

So, aku nasihatkan kawan-kawan, apabila dipanggil mana-mana pegawai LHDN untuk diskusi atau perbincangan penyelesaian.

1. Ingat, korang adalah pembayar cukai. Bukan penjenayah. Jangan takut-takut.
2. Pejabat yang kau pergi tu, bukan diorang punya. Ia milik rakyat. Milik kau. So, jangan malu-malu. Order je kopi.
3. Bawa beberapa orang saksi ikut. Kalau boleh, bawa tax agent atau auditor korang. Bawa seorang staff untuk buat minit perbincangan.
4. Rakam sesi tersebut. Kalau dia tak benarkan. Tahulah kita dia tu bermasalah. Kalau dia taknak cakap benda bukan-bukan, kenapa dia harus takut dirakam?
5. Jika berlaku ugutan atau unsur-unsur ugutan, terus buat laporan polis.
6. Buat surat aduan rasmi terus ke HQ.
7. Jika tiada tindakan, viralkan! Group LHDN Cari Siapa Hari ini? ada.
8. Jika difitnah, jangan diam. Lawan! Ambil tindakan undang-undang.
9. Kalau tak setuju, jangan sign!
10. Ingat, masih ada ramai pegawai yang baik-baik di luar sana. CEO pun baik, tulis surat kepada CEO.

Kenapa orang jahat makin jahat? Sebab orang baik mendiamkan kejahatan dia. Kenapa orang jahat makin menggganas, kerana mangsa keganasan mendiamkan diri. Orang baik macam CEO LHDN, Abe Sukri dan beberapa lagi individu yang baik tidak ke hadapan, visi dan misi mereka tidak sampai kepada pengetahuan ramai. Yang makruf dan maklum adalah lembaga kejahatan yang mahu merompak kita dengan akta dan kuasa.

Jangan takut, bangkit dan lawan!
Jangan gentar, bangun dan hadap!

Kita bukan penjenayah, kita wira negara! Kita bagi duit, bukan rompak duit!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.