CARA SCAMMER SAHAM MENIPU?

C

Takda orang yang menipu semua benda dia menipu melainkan dia dajjal. Syaitan juga pernah berkata jujur seperti dalam hadis ayatul kursi dengan Abu Hurairah.

Jadi aku percaya bukan semua yang scammer cerita adalah cerita tipu. Pasti ada cerita benar. Tetapi pasti lebih banyak kisah benar yang telah di-sugar-coat atau digebang lebih.

Sebagai contoh cerita benar yang digebang lebih,
“Aku belajar sampai Oxford University!”

Walhal dia masuk shortcourse Saiid Business School, Oxford yang dioffer online je. Sesiapa pun boleh masuk.

Cerita betul, tapi gebang lebih. Gebang kat orang bangang nampak impress, gebang kat aku, aku gelak je.

Scammer saham ni mungkin dia ada cakap benar. Tak dinafikan. Tapi itu mungkin kisah lama, by luck yang dia tak boleh replicate dah. Nasib je. Contoh, dia beli saham X, peram 1 tahun, naik 200%.

Mungkin benar, tapi adakah itu teknikal. Modal hidup dia? Pakai duit apa? Pre-IPOH? Jual director seat? Buat kelas scamham?

Cerita hebat, meniaga untung, letak chart atau graph yang orang tak boleh validate, cerita-cerita gempak yang orang tak boleh nak verify, takda beza macam Ustaz Norsham, Tok Belagak, Boy Iman dan Tok Belagak je.

Siapa nak percaya, silakan. Aku ni bukan apa, aku kesian kat mangsa-mangsa yang datang cerita dekat aku. Daripada investor, vendor, pekerja dan bekas peguam.

Aku pun takdalah percaya terus, aku tengok dan dengar segala bukti, agreement, gambar, rakaman video dan voice record. Itu yang aku cakap sooner or later akan meletup. Dah due to burst.

Masa zaman Tok Belagak, ada kawan-kawan aku yang in-denial tulis status-status kecam orang yang melawan Tok Belagak. At the end, apa jadi? Masa tu berapa ramai pendekar Tok Belagak yang cuba menegakkan benang basah.

Siapa taknak percaya aku, takpa. Aku takda apa-apa kepetingan pun. Aku hanya cerita. Takda kena mengena dengan orang hidup atau mati. Korang yang rasa tertipu, koranglah kena bangkit, melawan dan buat report.

Nak aku ajar cara buat report ke?
Uhuks! Siapa nak aku buat pre-IPO untuk keuntungan 6 bulan -1 tahun?
Say.. Oi oi oi!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.