
Beberapa minggu lalu, aku dan syarikat aku di Wakanda sekali lagi mendapat surat kiriman pos biasa yang setelah hampir 1 bulan, baru tiba ke alamat yang dihantar. Yang mungkin boleh kena penalti kerana kononnya aku lambat bertindak. Walhal surat yang sampai lewat. Masa aku di Australia, surat dari tax office biasanya registered dan express. Di Wakanda, penalti lewat ni tinggi. Kalah riba’ ahlong...