CERITA PASAL DATO-DATO..

C

Aku sebenarnya tak kisah pun pasal dato-dato ni. Kawan pun ramai dato. Ada yang beli ada yang free. Tapi semua ada dalam Istiadat. Beli ke free, ada dalam Istiadat kira steady-lah!

Macam aku pernah cerita dulu, aku lagi respect orang yang beli. Kalau beli bukti dia ada duit. Dapat free, takda duit punya dato. Itu stand aku. Sebab tu aku takda dato, aku tak mampu nak beli.

Cuma, aku jadi jijik bila nak pakai dato, tapi nakpakai dato scam. Biasanya diorang beli juga. Diorang beli dekat broker dato scam-lah. Mungkin murah sikit. Itu yang ada web-web check dato scam tu.

Nak beli dato pun belilah dato yang betul. Jangan beli dato murah. Ini kes cheapskate la ni nak beli dato harga RM30k or RM50k je ni. Aku sendiri pun banyak dapat offer dato murah-murah ni.

Aku cakap direct, once masuk dalam Istiadat aku bayar. Takda sekor pun boleh commit. Kad, surat, sijil watikah, gambar semua tu, semua tu tampered je, scam. Gambar pun dia edit-kan. Dia dah setkan nak berdiri macam mana. Photoshop je semua!

Unless kau boleh bagi video kau terima kalung, mungkin adalah hujah yang kuat sikit, tercicir nama ke, belum masuk sistem ke. Gambar, sijil, kad watikah semua ni, aku tau semua scam. Jangan buat aku macam budak-budak lah.

Ada kawan-kawan aku tanya pasal husband artis-artis Eina Azman dan Fauziah Gous. Aku dah tolong check-kan dekat Istiadat yang ori, pun takda nama mereka. Memang trend ke artis suka dato-dato ni?

Aku taktaulah, sama ada diorang yang kena scam dengan scammer jual dato, atau diorang yang scam kita. Anyway, aku check takda. Kalau korang check ada, kasitaulah aku.

Fauziah Gous ni berlakon cerita apa? Eina Azman ni penyanyi ke pelakon? Sorry gang, I tak pandai retis-retis. Zaman I, kenal Miranda Kerr, Nora Danish, Juliana Evans dan Neelofa je.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.