Dulu kat sekolah gua, ada cikgu belasah budak sebab datang lewat je.
Cikgu tu dikenali panas baran, ada kes pukul bini dan jiwa kacau.
Bila budak tu buat laporan polis, cikgu buat cerita kata dia belasah sebab budak tu merokok.
Apabila disiasat, didapati pelajar itu tidak pernah pun merokok. PPD dan pengetua meminta budak itu menarik laporan polis.
Akhirnya, suatu hari cikgu itu dibelasah oleh pelajar form 3 yang dapat 8A PMR kerana cuba menumbuk pelajar itu.
Susah nak percaya cerita cikgu-cikgu zaman la ni. Sebab gua dan lu orang masing-masing ada kawan yang jadi cikgu.
Kita kenal kawan-kawan kita itu siapa sebelum menjadi guru. Kaki isap gam, merokok, tokan porno, kaki raba, gila seks dan macam-macam hal lagi.
Harap mereka dah bertaubatlah lepas jadi guru. Tapi gua tetap tidak percaya.