Selain daripada memaki hamun, mengecam, dan mengkultuskan tokoh mereka, ada satu lagi jenis walabit yang lebih cool. Dia tak mencarut, dia tak maki hamun, dia datang dengan membawa agenda anti-narrative.
Ini salah satu contoh yang aku pilih. Seperti akak ini. Aku menulis tentang Dajjal dan pengkultusan manusia, dia masuk menyelit dan memberi komentar tentang londeh melondeh. Walhal tiada naratif lodeh melondeh.
Rujuk sini :
https://www.facebook.com/106639804995509/posts/150826937243462/?d=n
Aku cuba memastikan dengan bertanya. Jawapannya mengiayakan telahan aku. Ini walabit versi anti-narrative. Tiada walabit yang mengaku dia walabit. Tidak hairan pun. Tapi dia yang datang ke wall aku buat kerja walabit. Dia terus komen tanpa membaca.
Aku pun pergilah ke wallnya, terus ternampak dia melakukan serangan ke atas SM Faizal atas kes pukul isteri. Walhal kes tersebut masih dalam perbicaraan. Siap dia mencipta persepsi kononnya sebab vvip, 6 tahun pun tak selesai.
Nampak tak?
Selective decision macam ni jelas tiada prinsip. Inilah dia taasuber.
Mantan isteri SM Faizal yang dipukul itu wanita, mangsa predator seksual juga wanita. SM Faizal vvip, pemangsa seksual pun vvip. Kes SM Faizal ambil masa lama, siasatan ke atas predator juga lama. Tapi, akak ini pilih untuk jadi walabit.
Ironi bukan?
Bermati-matian dia cuba menegakkan benang basah. Mula dengan tuduhan melondeh, kemudian melabel, kemudian tak baca. Mana satu ni yang benar dan fakta?
Entahlah.
Inilah dia ciri-ciri walabit anti-narrative!
Harapnya, kaum kerabat dia tak jadi mangsa-mangsa lebai predator.