SCRUT DAJJAL!

S

Siapa Dajjal?

Dajjal ialah makhluk yang buta mata sebelahnya, diberikan kelebihan oleh Allah dengan sebahagian sifat ketuhanan untuk menguji manusia di akhir zaman nanti.

Kenapa Dajjal ni power?
Punya powernya Dajjal ni sampai Nabi SAW sendiri berdoa dan mengajar kita berdoa supaya dijauhkan dariapda fitnah Dajjal,Doanya berbunyi,

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-masih al-Dajjal”.
HR Muslim (588)

Power-power Dajjal

Dirwayatkan dalam hadis-hadis yang sahih, seperti yang aku sebutkan di awal prenggan yang Dajjal ini memiliki anugerah kelebihan yang Allah berikan iaitu dia memiliki sebahagian sifat ketuhanan.

Dajjal bukan sahaja mampu menolong orang susah, orang miskin, haiwan di zoo dan buat video menyayat hati, tetapi Dajjal boleh lakukan lebih daripada itu.

Dajjal boleh menjadikan gurun kemarau dan gersang menjadi hijau dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Orang miskin jadi kaya. Hebat tak?

Dajjal juga boleh menghidupkan ibu bapa kita yang telah mati. Tak cukup dengan itu, Dajjal boleh memberikan syurga yang penuh kenikmatan untuk sesiapa yang mengikutinya dan memberi neraka kepada mereka yang menentangnya.

Diriwayatkan mereka yang dimasukkan neraka oleh Dajjal itulah ahli syurga sebenar dan yang mengikuti Dajjal, tinggal di dalam syurga Dajjal yang penuh kenikmatan itulah penghuni neraka yang kekal.

Hari ini, apabila seorang pendakwah terkenal hanya bersenjatakan kamera, sosial media, drama sayu, air mata dan derma terbuka pun ramai yang telah tumpas, sehingga ada yang sampai nak menyembah, menjadi kultus dan mengeluarkan kalam-kalam syirik.

Walhal dia telah beberapa kali dibuktikan/kantoi berdusta dan dipersoalkan tindak tanduknya :
1. Mengaku muallaf, tapi sebenarnya bukan.
2. Menuduh seorang artis menepis tangannya walhal tidak berlaku.
3. Mengaku ustaz tetapi bukan ustaz.
4. Mendelete posting meminta derma ke Gaza.
5. Tidak membentangkan account atau laporan kewangan NGOnya secara terbuka setelah dia meminta orang lain melakukannya.

Aku tak boleh bayangkan apabila mereka ini berdepan dengan Dajjal sebenar. Dajjal sebenar nanti datang bersamanya syurga dan neraka, Dajjal yang boleh menjadikan kita kaya raya, menghidupkan semula orang mati yang kita cintai. Dajjal yang boleh merawat segala penyakit dan memberikan kesembuhan.

Aku tak hairan dan tak pelik kenapa umat manusia ada yang begitu taasub ke tahap tersebut. Hal itu tidak pelik langsung. Kalau Ayah Pin pun ada pengikut, Haji Kahar ada pengikut, dan bermacam-macam ajaran sesat yang mendakwa segala kemerepekan dan kesyirikan pun, semuanya ada pengikut. Ini pula orang yang membawa ajaran kultus positif disulami dengan kerja kebajikan.

Ingat saudara dan saudari sekali, air yang tenang jangan disangka tiada buaya, tiada gunting dalam lipatan, tiada burung dalam pelikat. Inilah ujian dan latihan yang kita terpaksa hadap untuk berjumpa Dajjal yang sebenar. Inilah cabaran yang kita perlu tempuhi untuk menjaga kemaslahatan generasi anak-anak kita.

Nabi SAW ada menyebut, sebelum datang Dajjal yang sebenar, akan muncul Dajjal-dajjal (penipu-penipu) yang ramai. Kita kena terus jadi bijak menilai, minda skeptikal, cakna kehidupan realiti dan hidup dengan evidence based mentality. InsyaAllah, kita tidak akan tersesat atau ditipu oleh golongan persis Dajjal.

Korang masih taknak sedar?

Takpa.
Korang ada anak bini, fikirkanlah. Nak mereka lemah dan longlai untuk berhadapan dengan Dajjal kelak, atau nak membina insan dan masyarakat yang sudah bersiap siaga menghadapinya.

Terserah..
#JanganTaasub

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.