CONTENT TUNJUK KAYA DAN BERJAYA?!

C

Ni ha adik-adik sekalian. Sekitar tahun 2015-2017, abang telah buat social experiment dengan menayang duit-duit cash untuk menarik orang ramai untuk menghubungi abang.

Zaman itu pun content tunjuk duit telah dilakukan untuk marketing. Taktik dan teknik ini sudah lama sejak zaman Pak Man Telo lagi. Dengan gaya bergurau abang promote MLM 200% Syariah Compliant! Itu pun dapat sambutan.

Abang punya cash lagi style tau! Aussie dollar! Lempar atas sejadah lagi untuk lebih nampak Islamik. Dengan duit sebanyak tu, bukan setakat beli VW, Ferrari cash pun boleh beli. Kalau abang nak cari agent, nak buat skim pelaburan, memang senanglah dapat mangsa. Kan?

Nak tau apa berlaku selepas itu?

Ramai kawan-kawan abang contact abang. Yang kenal mahupun tak kenal. Yang lebih memeranjatkan, ustaz-ustaz yang dihormati juga ada yang pm tepi berminat dengan “pancingan” tersebut. Berdekah-dekah abang ketawa selepas membaca minta mereka.

Jadi abang tahu content sampah macam tu mampu menggugat iman masyarakat. Tapi adakah ia beretika dan mengajak masyarakat ke arah yang baik?

Zaman tu ok lagi lah nak pegang cash banyak-banyak sebab buat sale pun orang bawa cash. Zaman la ni, macam pelik la pula orang bayar cash kecuali 8 golongan yang abang dah senaraikan tempoh hari.

Clear?
Apa khabar bakal jutawan hari ini?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.