CROWDSOURCING – DATA YANG LEBIH BERINTEGRITI!

C

Nak berhujah, nak berdebat dan argue mesti ada data. Kalau takda data, kita hanya bercakap kosong. Nak bercakap pula, kita kena ada kepakaran. Biar pakar yang mewakili kita untuk bersuara.

Ramai yang menulis di laman sosial media yang data kerajaan tidak tepat dan dimanipulasi untuk cover kesalahan-kesalahan silam mereka merancang dan mengurus sesebuah kawasan. Bagaimana kita nak tahu?

Inilah solusi dia. Crowdsourcing!

Kau sendiri rekodkan kejadian dengan gambar dan coordinat. Bagitau berapa tinggi air naik, bila air naik, berapa lama air naik dan berapa kerugian. Kemudian nanti, pakar akan buat analisis untuk memberikan cadangan dengan data-data yang korang hantar.

Sambil-sambil korang tolong-tolong, tolong key in data yang mereka perlukan. The more the merrier. Dengan data-data yang baik, simulasi dapat dibuat dengan lebih baik. Jadi pengurusan dan perancangan dapat dibuat lebih rapi.

Kita dah tolong masa banjir, selepas banjir, jadi kita kena juga tolong untuk banjir yang akan datang. Kita tidak tahu apa akan jadi tahun depan, 2 tahun dan 3 tahun lagi. 5-10 lagi. Dengan data lah mereka akan melakukn forcast.

So, korang tolonglah sahabat saya ini, Muaz Kamel untuk mengumpul dan menganalisis data banjir kali ini. Biar dia lawan untuk kita. Kita nak cakap lebih-lebih pun bukan bidang kita kan? Inisiatif dia buat ni sepatutnya JPS lah kena buat, tapi faham-fahamlah, gomen kan. Mana boleh laju. Lagipun, korang tak percaya kan data gomen?

Gang, baca apa dia tulis di bawah. Kita warga membaca dan kritis. Kita faham dan lawan. Kita support inisiatif yang akan membantu kita di masa akan datang. Ingat, banjir bukan perkara yang menghiburkan. Ia bukan mainan.

Kena serius!

Tolong ya gang..

😉

https://www.facebook.com/muazkamel/posts/10160781569843968

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.