CUBA TEKA, NI VIEW DARI RUMAH SIAPA?

C

Ni view dari tingkat atas Menara Ilham. Di sana terdapat kediaman seorang individu yang sangat berpengaruh dan dikatakan antara individu terkaya di Malaysia.

Cuma aku tertanya-tanya, dia ni buat bisnes apa sampai boleh jadi kaya raya camni. Apa bisnes dia buat sampai boleh memiliki sebuah bangunan tinggi di tengah-tengah ibu kota. Sampai hari ni aku masih tertanya-tanya.

Kalau Tan Sri Yahya, kita tahu dia ada DRB. Tony Fernandez, dengan Air Asia. Syed Mokhtar ada MMC, Tradewind dan Bernas. Orang ini, apa bisnes dan legasi syarikatnya? Siapa tau tolong komen..

Kenapa aku tak selfie dengan dia? Ah, bukan level aku nak upkan diri dengan menunggang orang lain. Aku bukan macam kau. Aku dipanggil untuk bentang idea aku. Dia suka, aku gembira.

Dia minta proposal dari aku. Aku tak bagi. Kenapa aku tak bagi? Tun M dah tolong jawab. Nanti bila aku dah tua aku nak tulis buku. Korang boleh tahu kenapa aku tak hantar proposal aku dekat pemilik menara ini.

Korang pernah nampak Elon Musk poyo-poyo selfie dengan Presiden Amerika, Rothchild, Rockerfeller, George Soros, Paul Tudor Jones..? Masa dia masih biasa-biasa dan belum up?

Entahlah, aku tak pernah nampak. Kalau ada pun tak banyak mungkin. Aku selalu sebut, we work with our brain, not our look or lips. Kita jual idea, bukan jual gaya. Produk kita, maruah kita.

Banyak lagi aku boleh share. Nantilah bila aku dah tua, aku mungkin nak tulis dan share segala mala cerita-cerita dan diskusi dengan kaum-kaum kayangan dan penguasa ni.

Apa tajuk sesuai?

The Memoir of Non-licking Bastard?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.