CUKAI – ANTARA MASLAHAH DAN MAFSADAH BUAT KAUM MUSLIMIM

C

Teringat aku 1 recording soal jawab kuliah Syaikh Soleh Al-Utsaimin rahimahullah..

Soalan ditanya berbunyi (mafhum),
“Wahai guru kami yang mulia, apakah hukum saya lari dari membayar cukai kerana terdapat hadith yang mengatakan ia haram.”

Syaikh Al-Utsaimin menjawab (mafhum),
“Ia harus kerana mengutip cukai itu hukumnya haram disisi syarak, kata Nabi dalam hadith, ‘pengutip cukai itu dalam neraka.’”

(Siapa ada recording ni share balik dekat aku.)

Kalau syaikh Al-Utsaimin hidup lagi, mahu juga aku bertanya,
“Wahai guru kami yang mulia, jika cukai itu haram, kompaun atau denda ke atas cukai itu bagaimana pula?”

—-

Korang tau tak yang Muhammad Ali, pernah dipenjara dan digantung lesen tinjunya?

Ya, dia didakwa kerana ingkar arahan kerajaan, menolak pergi berperang di Vietnam. Alasan Muhammad Ali mudah, orang Vietnam tak kacau dia, tak panggil dia nigga. Kenapa dia kena perang dengan orang yang tak ganggu dia.

Walaupun ketaatan kepada “ulil amri” itu wajib tetapi kita berhak mengurangkan mafsadah jika kita mampu.

—-

Semalam kawan aku call tanya pasal nak deal dengan pegawai LHDN. Katanya dia memang dah takda duit due to covid ni. Tapi pegawai LHDN nak charge compound due to kelewatan. Bila call, kena sound dengan bengis.

Aku pun kasitau dia, kau tulis surat dekat Ketua Pengarah elok-elok, minta pelepasan compound, penangguhan bayaran dan arrangement installment. InsyaAllah, tuan KP itu orang yang baik, rasional dan paling penting, dia muslim.

Itu jelah jawapan aku boleh bagi.

—-

Berbalik kepada isu Muhammad Ali dan LHDN ini, kalaulah Muhammad Ali boleh stand firm untuk pertahankan hak dia, sanggup dipenjara di negara kuffar, takkanlah pegawai-pegawai LHDN yang muslim dan mukmim di negara Islam tidak boleh adjust kurangkan mafsadah orang muslim yang lain?

Lupakah mereka yang HUKUM memungut cukai itu asalnya HARAM. Ia diHARUSkan kerana MASLAHAH. Tetapi apabila maslahah hilang daripada kaum muslimin, adakah keHARUSan itu masih VALID? Wallahu’alam, kepada Allah tempat kami marhaen mengadu.

Rujuk tulisan aku tentang hukum cukai.
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/391028905497628/?d=n

—-

Aku baru mendapat teman yang bekerja di LHDN, alhamdulillah, baik akhlaknya, sopan budinya dan santun pekertinya. Seorang yang masyaAllah lah ilmu agamanya.

Pandangan dia mudah. Katanya, mereka yang kerja di tax office ni ibarat kerja dalam keadaan dharurat. Diluah mati keluarga, ditelan mati rakyat. Sebab dia tahu kutip cukai adalah kezaliman dan haram. Cumanya ada yang terlupa, diorang nak makan lebih kerana insentif dan bonus.

Ibarat dah dharurat, terpaksa makan babi, tapi bila rasa sedap, dia tangkap lagi babi tu buat kari, bbq, salai dan sup tulang. Siap simpan lagi dalam peti ais. Dia lupa dah babi tu haram. Dia kata dia selalu bagi nasihat dekat kawan-kawan dia supaya jangan ghuluw kejar target dan KPI.

—-

Samalah juga di pihak rakyat, kalau tak bayar cukai, negara pun tak berfungsi dengan baik kerana nampak macam income negara lebih tax driven dari business driven. Kaum muslimin bayar kerana mafsadah, kalau tak bayar kena lanyak, kerajaan collect kerana maslahah.

Jadi kenalah bertimbang rasa. Melihat gaji pegawai cukai yang besar-besar, siap dengan insentif dan bonus. Tahu pula gaji menteri-menteri yang bukan kecik anak, dengan elaun itu dan ini, benefit itu dan ini.

Kami sebagai marhaen yang ditindas pastilah merasakan yang kami dizalimi, dipijak, dihambat dan dilanyak. Mereka semua makan steak, kami makan kaki ayam. Adakah ini maslahah yang para ulama’ mahukan?

Tidak!

Ini bukan maslahah buat rakyat!
Ini mafsadah dan kezaliman terhadap rakyat!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.