CUKAI DAN KEZALIMAN DI WAKANDA!

C

Selepas pemergian King T’Challa, Wakanda dilihat tidak stabil dek kerana panguasa sudah dikuasai penzalim yang mula menjarah dan menindas rakyat.

Aku terdengar pihak Tax Office di Wakanda telah mula merobek-robek dan menzalimi syarikat-syarikat kecil dan sederhana di Wakanda beberapa bulan lalu sehingga mengakibatkan kekecohan di sana. Hal ini terjadi setelah ketiadaan King T’Challa..

Mereka (Tax Office) juga telah menyerang syarikat-syarikat pemula (startup) yang majoritinya dimiliki oleh orang muda. Dalam keadaan mereka (orang muda) sedang berada dalam fasa hidup segan mati tak mau dek kerana serangan pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

Biasanya mereka (pegawai Tax Office) akan menggunakan ugutan kata dua sahaja kepada golongan yang masih lemah ini.

“Bayar amount yang kami minta ATAU kami akan menyusahkan anda lagi!”

Disebabkan anak-anak muda Wakanda ini tidak punya banyak masa dan wang lebih untuk melayan kerenah dan ancaman tersebut, maka majoritinya akan sign surat persetujuan dengan pihak Tax Office Wakanda, walaupun mereka sebenarnya tidak bersetuju dan tidak redha sama sekali.

Yelah, pihak Tax Office mengancam untuk freeze account bank syarikat, freeze account bank syarikat-syarikat lain yang berkaitan, freeze account personal bank pengarah-pengarah syarikat, freeze passport dan yang lebih dahsyat diancam untuk menyita pejabat mereka.

Manalah anak-anak muda ini ada kapasiti nak lawan ancaman-ancaman dan ugutan-ugutan daripada mereka yang memegang kuasa. Selain itu, permainan ugutan siasatan forensik mengambil masa 3-6 bulan menyebabkan mereka yang ingin melawan pun jadi lemah jika memikirkan nasib para pekerja yang bergantung hidup dengan syarikat.

Ohya, tak cukup dengan itu. Menurut sahabat kami di Wakanda yang melawan pula. Mereka siap hantar pasukan AMLA pula untuk menambah derita anak muda itu. Maka bankraplah syarikat anak muda itu kerana hampir 1 tahun Tax Office menghancurkan dia dengan alasan,

“Ini SOP siasatan. Kami hanya menjalankan tugas. Jangan salahkan kami. Salahkan kerajaan!”

Orang muda yang baru bertatih dalam perniagaan, sudah pasti melakukan sedikit kesilapan yang pada aku boleh diberi kemaafan dan pelepasan dengan alasan budi bicara. Bukan hanya gila mengejar KPI dan target kutipan!

Akhirnya, satu gerakan yang dipanggil “Robinhood” di Wakanda telah dimulakan oleh seorang anak muda bertama T’Chilli, adik kepada mendiang King T’Challa. Beliau ialah salah seorang mangsa yang dibuli dan ditindas pegawai-pegawai Tax Office di Wakanda. Gerakan mereka adalah gerakan merompak dan menyamun pegawai-pegawai Tax Office.

Alasan T’Chilli mudah,

“Kami merompak dan menyamun untuk hidup!”

“Kami tiada gaji tetap seperti pegawai-pegawai Tax Office yang dibayar kerajaan untuk membunuh kami.”

“Kami yang tiada wang dan masa ini, diugut dan “dibunuh”, para kapitalis dan sang koruptor dilepaskan kerana mereka ada wang dan masa untuk merasuah dan melawan di mahkamah.”

“Pegawai-pegawa Tax Office tahu yang kami tidak mampu lawan di mahkamah. Bahkan tak berbaloi pun kami lawan. Jadi, elok saja kami semua jadi perompak dan penyamun!”

Akhirnya, kerajaan Wakanda telah mengambil inisiatif memberikan pelepasan cukai dan discount cukai terhadap syarikat-syarikat anak muda dan startup di Wakanda. Selain itu, kerajaan Wakanda juga telah menubuhkan agensi anti-ugutan Tax Office bagi melakukan check dan balance terhadap aktiviti Tax Office.

Begitulah kisahnya di Wakanda. Aku harap tidak berlakulah gerakan Robinhood di Malaysia yang permai ini.

Tahukah korang yang hukum mengutip cukai adalah haram asalnya menurut agama langit, Islam rahmatal lila’lamin. Tukang kutip cukai itu tempatnya di neraka!? Tahu tak? Hal ini adalah pandangan majoriti para ulama’ sejak dari zaman dahulu lagi!

Kata pembesar mazhab Syafie, al-Imam Ibn Hajar al-Haitami menjelaskan:

“Pengutip cukai, penulisnya, saksinya, penjaganya, wakil-wakilnya, dan selain yang berkaitan dengan kutipan cukai merupakan DOSA BESAR pembantu kezaliman, bahkan memungut cukai itu sendiri merupakan suatu kezaliman. Para pengutip cukai mengambil harta manusia secara haram dan mengagihkannya kepada orang yang tidak berhak. Oleh sebab itu, pengutip cukai tidak masuk syurga kerana dagingnya tumbuh daripada sumber-sumber haram.“

Dalilnya adalah firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188)

Kata Imam Az-Zahabi tentang ayat di atas adalah :

“Pengutip cukai (al-maks) adalah antara golongan yang melakukan kezaliman kepada manusia, bahkan mereka menzalimi diri mereka sendiri. Mereka mengutip apa yang mereka tidak berhak ke atasnya dan menyerahkannya kepada mereka yang tidak berhak ke atasnya.”

Selain itu, Firman Allah SWT:

‎وَيَا قَوْمِ أَوْفُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

Maksudnya: “Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.” (Surah Hud: 85)

Maksud ‘al-bakhs’ menurut Imam At-Tobari,

“Yang dilarang dalam ayat 85 surah Hud adalah larangan mengurangkan hak manusia yang wajib kamu penuhi (al-Tobari, 2000: 15/446), dan bagi setiap apa yang dimiliki oleh seseorang tidak boleh dirampas daripadanya atau diambil secara yang tidak dibenarkan oleh Syarak, serta segala pengurusannya mestilah berdasarkan keizinan Syarak (al-Razi, 1420H: 24/528). al-Khattabi (w388H) menjelaskan, pemimpin yang mengambil cukai (al-maks) secara zalim daripada rakyat adalah termasuk dalam maksud ‘al-bakhs’ yang dilarang dalam ayat tersebut (al-Khattabi, 1982: 1/219).

Kata Nabi SAW di dalam hadis pula.

Daripada Ruwaifi’ bin Thabit al-Ansari RA berkata, Sabda Nabi SAW:

‎إنَّ صاحبَ المكْس في النارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya pemimpin yang mengenakan al-Maks (sebahagian ulama menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka.”

Riwayat Ahmad (4/109), al-Tabarani (4493) al-Suyuti (2290)

Daripada ‘Uqbah bin Amir RA berkata, Sabda Nabi SAW:

‎لا يدخُلُ الجَنَّةَ صاحِبُ مَكسٍ

Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga pengutip cukai.”

Riwayat Abu Daud (2937). Hadith ini mengikut pendapat Abu Daud adalah soleh atau boleh digunakan.

Yazid bin Harun menjelaskan, “Sohib maks ialah al-‘asysyar (pengutip cukai ‘usyur ke atas rakyat yang beragama Islam).” (al-Hakim, 1990: 1/562). Juga bermaksud pengutip cukai yang mengambil harta orang ramai secara haram (al-Asbahani, 2004).

Al-Maks juga bermaksud kutipan cukai yang biasanya digunakan merujuk kepada golongan yang melakukan kezaliman dalam proses jual beli (Muslim, t.th.: 3/1323).

Sudah jelas? Jadi bagaimana para ulama’ kontemporari yang mengharuskan kutipan cukai? Mereka menggunakan kaedah fiqh yang berbunyi,

‎الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم

Maksudnya: “Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka.”

Atau dengan kata lainnya, ia kerana maslahah besar mengikut peredaran zaman ini yang memerlukan cukai untuk sesebuah negara berjalan dengan baik. Mentaati polisi kerajaan adalah wajib hukumnya.

Fatimah binti Qais meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

‎إنَّ في المالِ لَحَقًّا سِوَى الزكاةِ

Maksudnya: “Sesungguhnya dalam harta itu ada hak yang wajib dikeluarkan selain zakat.” Kemudian Nabi membacakan ayat 177 surah al-Baqarah. [Riwayat al-Tirmizi (659)]

Tetapi, apabila cukai itu telah memberi mafsadah (keburukan) kepada rakyat sepertimana berlaku terhadap anak-anak muda yang rasa ditindas dan dizalimi. Maka ketahuilah, perbuatan tersebut adalah perbuatan yang mungkar dan perlu disemak semula.

Buat mereka yang muslim dan terlibat dengan aktiviti menzalimi rakyat, sudah tersedia tempat kalian dalam neraka kata jujungan besar Nabi SAW. Tak percaya, tunggulah nasib kalian nanti.

Demi Allah, tiada orang muda yang mahu negaranya hancur sebagaimana mereka tidak mahu syarikat yang mereka bina hancur. Justeru, kebijaksanaan pemerintah, budi bicara dan sifat kemanusiaan pegawai yang menjalankan tugas perlu ada.

Jangan nanti negara ini muncul ramai anarki kerana itu sahaja maslahah yang mereka ada untuk hidup!

Wallah’alam.

#WakandaForever
#POM
#HeilB40 #HeilM40
#HeilB40M40
#OrangMuda
#LawanPenindasan

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.