DAH KENA SCAM – APA PERLU ANDA BUAT?

D

Beberapa minggu ni, kecoh pasal scam travel. Scam umrah, scam haji, scam holiday, scam emas dan scam pelaburan. Ada je masuk dalam personal message aku pasal scam itu dan scam ini.

Scam IloveIslam lah, scam UC lah, scam pre-IPO lah, scam Haji visa tourist lah, scam haji express lah, scam private mandate lah, scam Koyube lah. Macam-macamlah scam. Aku bukan pembongkar scam ya. Aku hanyalah seorang peniaga jalanan yang memandu Axia Kompang.

Tapi kalau rasa nak buat investment yang pasti menguntungkan, korang click sini..
www.ifmal.com/?irt=1758

Invest kat sini, korang pasti untung. So janganlah click!

Anyway, lepas ramai tanya itu ini. Banyaklah yang aku reply,
1. Lawan!
2. Report!
3. Saya takda maklumat..
4. Saya taktau..

Aku ni suka bagi awareness supaya beringat sebelum terkena. Itu sebab aku punya kempen pasal #mindaskeptikal dan #evidencebased. Aku suruh SCRUT for the TRUTH dan SCRUT before YOU get SCREWED!

Itu yang lahir SCRUT, Interepo dan lain-lain. Aku juga terlupa dan terlepas pandang. Yang aku ada bangunkan aplikasi Tuntut. Sistem yang membantu para mangsa mendekati peguam bagi melakukan tuntutan.

Ya, Tuntut.my ini digunakan setelah kau dah tersontot dan tertipu. Jadi apa nak buat? Selain buat laporan polis. Make sure dalam laporan polis ditulis telah ditipu dan diperdaya! Kemudian pergi ke Tuntut, buat tuntutan.

Panel-panel peguam kami akan menghantar notis tuntutan kepada scammer-scammer tersebut. Kalau ramai yang ada kes yang sama, panel peguam kami boleh buat macam “kartel” untuk korang sama-sama saman scammer-scammer tersebut. Lepas menang, cari harta-harta dia, sedut. Kalau takda, nanti kalau dia kaya balik, boleh pow balik.

So, korang boleh mulakan dengan #TUNTUTdulu! Yang belum kena scam, pastikan anda #SCRUTdulu!

Scam-scam ni biasa masuk dibawah tuntutan perkhidmatan. So, korang pergi ke www.tuntut.my then korang tekan hantar tuntutan, pilih perkhidmatan. Fill up, bayar dan submit.

Dah, jangan kata abang tak payung apa nak buat ya! Lawan! Tuntut! Jangan kena scam lagi dah!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.