ADAT TEMENGGONG VS ADAT AMERIKA!

A

Sudah diketahui harta sepencarian itu tidak datang dari Allah, Nabi, para sahabat dan kurun salaf. Memang menggunakan hujah ‘uruf atau adat yang baik.

Itu sebab kalau kau google harta sepencarian ini, kau akan jumpa hanya di Malaysia. Google dalam Bahasa Arab dan English pun, akan balik ke Malaysia. So, jelaslah Malaysia pelopor!

Malaysia boleh!

Adat di Amerika dan sudah termaktub dalam undang-undang di sana, jika suami isteri bercerai, mereka boleh menuntut 50% daripada harta suami. Hal ini telah ditanyakan oleh seorang muslimah kepada Syaikh Assim al-Hakeem, seorang ulama’ kontemporari yang terkenal dengan pandangan yang sangat pertengahan.

Terlihat seolah-olah Syaikh Assim tidak tahu atau menolak pandangan tuntutan harta terhadap suami setelah bercerai. Di akhir video beliau, Syaikh Assim mengatakan ia dilarang.

Mungkin ada pendetilan jika dihujah dengan ‘uruf dan maslahah. Tetapi, aku dapat tangkap yang asasnya perkara tersebut tiada dalam Islam. Tiada ya. Bukan aku taktau ya istidal hukum baru itu.

Semalam aku bertanya pandangan sahabat-sahabat aku yang ahli. Ini lebai-lebai bukan biasa-biasa. Ini lebai-lebai SPM 12A punya clan. Mereka juga tidak bersetuju dengan idea harta sepencarian kerana banyak syubhat seperti melanggar faraid dan menzalimi pihak yang dituntut.

Itu yang aku cakap. Walaupun aku ni takdalah melalui pengajian formal dalam bidang lebai. Tapi aku rasa asas ilmu lebai aku agak bagus. Itu sebab aku tak pernah kisah pandangan mana-mana lebai. Aku tau apa yang aku cakap.

Ok lah. Untuk korang yang BM pun kena buat July paper balik, jangan tonton video ini. Syaikh Assin boleh bercakap English dengan baik.

Ingat, kita nak ikut Nabi SAW, bukan nak ikut nafsu!

😜

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/1831885000536410

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.