SOLUTION KEPADA GADIS-GADIS YANG SEDANG MENCARI SUAMI..

S

Carilah lelaki yang rajin. Lelaki yang sanggup bangun awal pagi dan pulang lewat malam kerana mencari rezeki.

Carilah lelaki yang ada misi dan visi dalam hidup dan kerjaya. Tanya dia, lagi 5 tahun awak akan jadi apa, lagi 10 tahun apa awak akan ada?

Carilah lelaki yang ada pendirian, prinsip dan integriti dalam hidup. Cuba uji pendirian, prinsip dan integriti dengan mengorbankan relationship korang. Kalau dia willing korbankan relationship korang, dia memang real man.

Carilah lelaki yang mengejar cita-cita lebih daripada cinta. Dengan cita-cita yang kuat, masa depan lebih cerah. Ingat, cinta tak boleh bagi perut korang kenyang. Bila lapar cinta akan lenyap.

Carilah lelaki yang ada pengetahuan agama yang baik tetapi tidak taksub dengan mana-mana lebai. Dengan pengetahuan yang baik, jika tersesat pun, dia tahu mencari jalan pulang tanpa pengaruh lebai-lebai malang.

Carilah lelaki yang tidak tunjuk kaya tetapi tidak berkira dalam hal makan minum. Orang yang suka tunjuk kaya biasanya ada masalah mental, orang yang berkira bab makan biasanya kedekut.

Carilah lelaki yang ada cita-cita nak berpoligami. Lelaki yang ada cita-cita nak nikah lagi biasanya akan persiapkan diri terutama bab financial.

Carilah lelaki yang berani. Lelaki berani akan mampu mempertahankan keselamatan korang dan menjadi contoh lelaki sebenar kepada anak-anak.

Carilah lelaki yang suka membaca. Lelaki yang membaca ialah lelaki yang bijak. Biasanya orang yang suka membaca tidaklah bodoh.

Carilah lelaki yang tidak masuk atau taksub parti politik. Lelaki yang taksub parti biasanya kurang rasional dan cakap tak serupa bikin. Hal ini kerana nak justify kebodohan parti dan kawan-kawan parti sendiri.

Carilah lelaki yang tidak terlibat dengan perniagaan psuedoscience. Orang yang terlibat dengan psuedoscience ni biasanya bebal, low IQ dan penyembah duit.

Akhir sekali, carilah lelaki yang takda six packs, kerana ia bukti lelaki itu sedang struggle bekerja dan tak sempat pergi gym nak bina badan.

😜

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/5700646519948408

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.