Allah berfirman di dalam al-Quran,
وَلِلْمُطَلَّقَاتِ مَتَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ
Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) mut’ah menurut yang ma’ruf, sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Surah al-Baqarah: 241)
Mut’ah adalah saguhati atau ganti rugi kepada isteri yang diceraikan yang bukan disebabkan kesalahan isteri. Berapa jumlahnya adalah khilaf. Tiada ketetapan. Ia ijtihad qadi.
Tujuan mut’ah adalah bayaran kepada isteri untuk memulakan hidup baru setelah diceraikan. Yelah, dia tak salah, kau yang nak ceraikan, so kau kena tanggunglah “gap fee” tu. Selain itu nafkah ketika iddah juga wajib ditanggung sang suami.
Setelah bercerai, mantan suami sudah tiada kena mengena dengan mantan isteri. Jadi tiada keperluan untuk dia menanggung lagi mantan isterinya. Yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas mantan isteri itu adalah keluarganya dan warisnya. Cuma, nafkah anak-anak tetap perlu ditanggung oleh ayah.
Jadi kenapa perlu ada harta sepencarian sedangkan mut’ah sudah ada? Masih tidak mahu beriman dengan ayat-ayat Allah? Takpa, ‘uruf dan maslahah boleh pakai kan?
Kita asyik dengar kaum wanita sahaja rasa dizalimi mahkamah syariah, lelaki ini pula raza dizalimi mahkamah syariah. Katanya gajinya hanya RM5,000 tapi kena bayar mut’ah RM600,000.
Wallahu’alam..