DAP TIDAK RASIS, DAP TIDAK ANTI-ISLAM

D

Sebab apa? Sebab dalam DAP juga ada Melayu dan ada orang Islam. Juga ada yang disayangi dan diberi jawatan lantikan politik dalam kerajaan negeri di bawah kepimpinan DAP.

Mari aku kenalkan beberapa nama-nama Melayu yang terlibat dengan DAP secara langsung dan tidak langsung, mewakili Melayu dan Islam dalam parti DAP atau dalam kerajaan dipimpin DAP.

1. Young Syefura (MP DAP)
Budak bekam yang takda education yang baik sangat dan pengalaman menguruskan apa-apa organisasi sebelum masuk politik. Juga berasal dari planet Zargus, tapi cantik.

2. Syahredzan Johan
Peguam yang ada isu memperlekeh dan mempermainkan sensitiviti agama Islam dalam Twitter. Lepas tu dia minta maaf.

3. Lebai Wanji (Dia ahli PKR katanya)
Pernah menjadi pegawai penerangan kepada kerajaan DAP-PKR di Penang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng. Juga ada kes anti-monarki yang jelas dah telah dijatuhkan hukuman selain seorang lebai yang tidak punya kerja atau business yang established sebelum ini. Dia penceramah dan tulis buku yang biasa-biasa saja. Menjadi terkenal kerana pandangan anti-kerajaan terdahulu. La ni taktau la..

DAP tidak rasis! DAP tidak anti-Islam!

Tapi DAP ada acuan Melayu yang macam mana dia nak terima, Muslim yang macam mana dia boleh tolerate.

Tengok hari ini, DAP sudah boleh terima Melayu UMNO, Muslim yang pernah dituduhnya kleptokrat, penyamun dan lain-lain. Demi kemaslahatan rakyat dan negara.

Siapa kata DAP rasis, dia tak cerdik.Siapa kata DAP anti-Islam, dia buta.

Kan?
Hidup DAP!

Berbanggalah anda menjadi ahli, penyokong dan pembantu DAP!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.