Bulan Ramadhan kali ini cukup bermakna buat aku, dalam bulan keampunan ini, banyak yang terungkap, banyak yang selesai.
Alhamdulillah..
Seperti yang korang sedia maklum, DDNK telah membuat saman ke atas aku pada sekitar tahun 2021.
Aku rasa tidak adillah untuk aku diamkan. Pasti ramai yang nak tahu apa “update” keputusan saman tersebut.
DDNK telah menarik saman tersebut dengan terma yang diminta untuk dirahsiakan.
Sebagai orang yang disaman atau defenden, apabila seseorang yang menyaman aku mahu menarik diri, apakan daya aku hendak menghalang tindakannya dan aku rasa ia baik untuk kedua-dua belah pihak.
Tak perlulah kami berdua membuang masa, tenaga dan wang ringgit di mahkamah. Masing-masing boleh buat kerja masing-masing.
Apa pun, tahniah dan ucapan terima kasih buat peguam Mahmud Jumaat yang berjaya menutup kes ini tanpa perlu ke mahkamah.
Begitu juga peguam DDNK, Alan dan juga DDNK yang berjiwa besar untuk tidak mahu meneruskan saman terhadap aku.
Sekian.